19.9.12

Perjumpaan Senior - Junior PAKK

Salam Sejahtera untuk semua. Pada pagi ini (12 Sept 2012) telah diadakan perjumpaan bersama mentor dan ahli senior - junior PAKK di Auditorium Fakulti Pendidikan.




Tujuan utama untuk sesi perjumpaan ini adalah untuk :
  • Memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • Memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2012/2013
  • Memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2012/2013
  • Mengeratkan silatur-rahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan.
Perjumpaan selama hampir satu jam setengah ini dimanfaatkan dengan penerangan mengenai latar belakang persatuan daripada Yang Di Pertua, Ahmad Muaz dan seterusnya sepatah dua kata daripada mentor kesayangan iaitu Prof. Madya Dr Mariani. Dalam ucapan beliau, Dr Mariani menegaskan bahawa penglibatan yang aktif daripada ahli persatuan amatlah digalakkan malah ia akan dapat membantu mahasiswa menimba ilmu pengetahuan yang jarang sekali ada di dalam kuliah dan pengalaman-pengalaman ini adalah kunci kekuatan apabila mahasiswa menempuh alam pekerjaan di luar sana. Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa untuk akademik dan juga aktiviti luar. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang dapat mengimbangi jadual harian mereka malah aktif di dalam akademik dan juga persatuan. Akhir kata daripada beliau ialah agar semua ahli persatuan dapat mengekalkan pencapaian baik di dalam bidang akademik dan juga kecemerlangan persatuan sebagai persatuan yang paling aktif di Universiti Malaya seterusnya menjadi contoh terbaik kepada  masyarakat sekeliling. 

Majlis Tertinggi bersama Mentor persatuan.
Dari kiri : Prof. Madya Dr Mariani, Ahmad Muaz, Siti Amira & Jenny Wong

Sesi memperkenalkan barisan Majlis Eksekutif 2012/2013


Ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada tahun 4, 3, 2 dan 1


Menyanyikan lagu kebanggaan; Universiti Malaya


"Badan Cergas, Minda Cerdas"




1 comments:

Anonymous said...

Bagus budak 1st yr sgt semngt....