7.10.12

Team Building Training

Pada 16 Sept 2012, semua MT dan EXCO PPAKKUM telah 'berkampung' di Shah Alam untuk menjayakan program team building. Tujuan utama team building ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat berpersatuan di kalangan MT/EXCO seterusnya menyemaikan sifat-sifat positif di kalangan kami semua. Antaranya seperti bekerjasama, bertanggungjawab, sentiasa bantu membantu di antara satu sama lain, peka terhadap masalah-masalah yang timbul dan ikhlas dalam menjalankan setiap amanah yang diberikan. Dengan menyerapkan nilai-nilai murni ini di kalangan MT/EXCO, kami berharap agar ia akan menjadi contoh kepada ahli persatuan dan dapat memantapkan lagi PPAKKUM.

Sebagai persatuan yang PALING AKTIF di UM, kami ingin meneruskan kesinambunagn ini dan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan lain di UM. Bukan senang untuk mencapai kejayaan tetapi jika semua ahli bersatu dan sentiasa sayangkan PAKK, tiada apa yang mustahil ! Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pengiring setia PPAKKUM En Fadzil yang sentiasa membantu dan menyokong kami serta kepada instructor kami iaitu En Azwa dan rakan :)

Dan setinggi-tinggi terima kasih dan sayang selalu kepada Bonda tercinta iaitu Prof Madya Dr Mariani yang selalu ada bersama dalam gembira dan sedih PAKK. Terima kasih !
We love PAKK !!! 

*photos of the day*

Kayak time !

Senaman pagi yang berkesan :)

 Lihatlah barang amanah kami yang hebat dan mantap ! Korang ada ker ? Awasssss ~

Aktiviti pertama yang memerlukan kerjasama menyeluruh dari ahli kumpulan.

Belon tali :) Kami perlu pass kan tali kepada semua ahli kumpulan tanpa memutuskan pegangan :)

Kesabaran diperlukan dalam aktiviti kedua ini :)

 Eh YDP Muaz dengan EXCO Huzaimi sangat bersemangat ni :)
Sambil berkayak kami mengutip sampah di sekeliling Tasik Shah Alam sebagai simbol kepada nilai bertanggungjawab.

Kesepaduan antara ahli adalah kunci kepada kejayaan persatuan :)

Diibaratkan sebagai "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Setiap ahli memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan pendapat bagi melahirkan keputusan yang telus dan baik.

Memberi arahan dengan jelas & tepat serta menerima arahan dengan baik adalah salah satu daripada kepentingan dalam berpersatuan.


Semangat tidak pernah putus asa perlu disematkan dalam diri masing-masing bagi mencapai kejayaan.

Sentiasa membantu rakan yang di dalam kesukaran.

Persefahaman dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan :)

Akhir kata daripada PPAKKUM :-

" Each of us must work for our own improvement 
and at the same time share 
a general responsibility for all humanity."


PAKK cemerlang, UM gemilang !

1 comments:

Unknown said...

Great Information. I hope this would be very helpful. Thank you for this post. You do a good job of explaining the importance of Team Building Training Activities, in general. Your language is clear and concise.