11.10.11

Majlis Sambutan Hari Raya PPAKKUM

Setiap tahun Majlis Sambutan Hari Raya adalah satu program tahunan yang diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara sesama ahli persatuan dan hubungan antara staf fakulti. Majlis sambutan hari raya merupakan majlis tahunan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya. Majlis ini telah diadakan pada 21 September 2011 bertempat di Kawasan Tempat Letak kereta Blok D. Majlis tersebut berlangsung dari pukul 6.30 hingga 10.30 malam.

Kami sangat bertuah apabila majlis tersebut dirasmikan olehTimbalan Dekan Ijazah Dasar dan Antarabangsa iaitu Dr. Zawawi bin Ibrahim. Ia juga turut diserikan dengan kehadiran mentor persatuan sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Mariani bt Md Nor, pegawai-pegawai pengiring dan juga ahli persatuan PPAKKUM yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Pencarian Raja dan Ratu yang tercantik pada malam tersebut. Pertandingan yang menarik seperti meneka kuih raya dengan mata yang tertutup dan menyanyi lagu raya. Majlis turut diserikan dengan aktiviti karoke yang mana ahli persatuan sendiri bertindak menyumbangkan suara mereka.

Menu khas yang disediakan ialah laksa dan bihun goreng. Makanan lain yang turut kami sajikan ialah nasi impit dan kuah kacang, kuih karipap, kuih raya dan kerepek-kerepek, buah-buahan, agar-agar dan banyak lagi. Walaupun makanan banyak berlebihan namum pihak AJK Makanan berjaya membungkuskan makanan tersebut dan memberikan kepada ahli persatuan yang lain untuk di bawa balik ke rumah.

Majlis pada malam tersebut berjaya dengan jayanya hasil usaha daripada semua pihak yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan daripada pihak jawatankuasa majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya bagi sesi 2011/2012.














Dekorasi Tabika KEMAS Daerah Lipis, Kampung Kuala Kechau

Nama Program: Dekorasi Tabika KEMAS Daerah Lipis
Tempat Program: Tabika KEMAS Kampung Kuala Kechau
Tarikh Program: 23 - 25 September 2011
Tema Program: Transformasi Ke arah Pemantapan Awal Pendidikan


Program Dekorasi Tabika KEMAS di Daerah Lipis, Pahang ini merupakan salah satu dari aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Program ini melibatkan 80 mahasiswa yang terdiri daripada ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sendiri dan ia merupakan program kesinambungan daripada Program Mahasiswa Bersama Masyarakat Desa Sesi 2010/2011 yang telah diadakan di Kampung Kuala Kechau, Kuala Lipis, Pahang, pada 21 Januari 2011 hingga 23 Januari 2011.

Kesinambungan daripada program tersebut, satu bangunan tabika akan dibuka hasil perbincangan masyarakat desa, mentor persatuan Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan pihak Exco Kerajaan Negeri Pahang. Aktiviti susulan yang melibatkan pelajar dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak- Kanak adalah pembinaan susun atur dalam dan luar bangunan Tabika Kemas Kampung Kuala Kechau serta pembentukan ‘playground’ bagi tabika tersebut. Tabika Kemas ini akan dirasmikan pembukaannya pada 25 September 2011 ini. Program ini juga berbentuk integriti luar yang berkonsep dan bermatlamatkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dengan kakitangan KEMAS Daerah Lipis bersama masyarakat desa Kampung Kuala Kechau. Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengangkutan, dan Pertumbuhan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Benta Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Pastinya, program ini diadakan bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan kemahiran insaniah mahasiswa dengan aktiviti yang berfaedah dan memberi banyak manfaat kepada semua pihak terutama masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu, program ini dapat mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat KEMAS khususnya dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan bidang pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan pihak KEMAS sendiri yang merupakan sebuah jabatan yang turut sama memperjuangkan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak. Melalui program seumpama ini, ia juga dapat membina ukhwah mahasiswa dengan masyarakat setempat, luar dari dunia kampus serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman daripada program yang dianjurkan ini.

Disini adalah link keratan akhbar UTUSAN online yang memaparkan berita mengenai pembukaan Tabika di Pahang. KLIK DISINI





















PERJUMPAAN SENIOR JUNIOR.

Pada setiap kali pembukaan semester baru, senior PPAKKUM dan junior akan dikenalkan di dalam satu perjumpaan yang akan diadakan mengikut kelapangan kelas semua ahli PPAKKUM. Kesemua senior junior akan ditemukan buat kali pertama pada waktu ini. Sedikit sebanyak senior dan junior dapat mengenal sedikit sebanyak senior mereka dan senior juga dapat mengenal junior.Perjumpaan ini diadakan pada 14 September 2011 di Auditorium Pendidikan.

Perjumpaan ini diadakan untuk merapatkan jurang diantara senior dan junior. Ini sedikit sebanyak dapat membantu junior sedikit sebanyak dalam pelajaran dan aktiviti. Di dalam perjumpaan ini Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberi kata-kata semangat untuk junior PPAKKUM untuk bekerjasama dengan senior dan aktif dalam persatuan. Dr. Mariani juga menyeru supaya ahli aktif berpesatuan di samping fokus di dalam pelajaran.

Selain itu, Yang Dipertua PPAKKUM, Mohd Zulkaisi juga memberi sepatah dua kata kepada junior dan berharap kesemua ahli dapat memberi kerjasama sepenuhnya di dalam persatuan. Kesemua ahli dalam Majlis Tertinggi diperkenalkan kepada ahli PPAKKUM. Kesemua pengarah program juga diperkenalkan.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang menunjukkan kelangsungan perjumpaan ini.