29.10.18

MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018


Pada 27 Oktober yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menyertai pertandingan MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018 yang diadakan di Management & Science University, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini telah disertai oleh ahli persatuan PPAKKUM seramai 20 orang yang terlibat dan diketuai oleh saudari Zaitun Ramli.

Program ini juga disertai oleh beberapa kumpulan lain yang juga merupakan pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini diadakan sempena sambutan hari kanak-kanak di Managment & Science University.

Sebanyak 5 kumpulan yang bertanding dalam pertandingan Aerodance ini dan kumpulan dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak University Malaya telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan buat ahli kumpulan yang bertungkus lumus berlatih tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Kami dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya berasa bangga dengan anda semua kerana berjaya mengharumkan nama baik PPAKKUM khususnya dan Universti Malaya secara amnya.

Akhir kata, tahniah dan semoga maju jaya semua =)

Para peserta bersiap sedia sebelum melakukan persembahan


Kenangan terindah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan 

0 comments: