29.10.18

MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018


Pada 27 Oktober yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menyertai pertandingan MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018 yang diadakan di Management & Science University, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini telah disertai oleh ahli persatuan PPAKKUM seramai 20 orang yang terlibat dan diketuai oleh saudari Zaitun Ramli.

Program ini juga disertai oleh beberapa kumpulan lain yang juga merupakan pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini diadakan sempena sambutan hari kanak-kanak di Managment & Science University.

Sebanyak 5 kumpulan yang bertanding dalam pertandingan Aerodance ini dan kumpulan dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak University Malaya telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan buat ahli kumpulan yang bertungkus lumus berlatih tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Kami dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya berasa bangga dengan anda semua kerana berjaya mengharumkan nama baik PPAKKUM khususnya dan Universti Malaya secara amnya.

Akhir kata, tahniah dan semoga maju jaya semua =)

Para peserta bersiap sedia sebelum melakukan persembahan


Kenangan terindah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan 

13.10.18

Kem Interaksi PPAKKUM Sesi 2018/2019


Pada 28 hingga 29 September yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program Interaksi Sesi 2018/2019 di Nur Laman Bestari yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Program yang bertemakan "Berkarakter, Berwawasan dan Berjiwa Besar"ini telah dikendailikan oleh mahasisiwa Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah dipimpin oleh saudara Muhammad Ridzuan Bin Mat Rashid.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membolehkan ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya saling mengenali antara satu sama lain dan memberikan maklumat dan pengalaman perkhemahan berasaskan sikap bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan ahli persatuan. Di samping itu, program ini juga membina kekuatan mental dan fizikal ahli persatuan melalui aktiviti lasak yang telah dijalankan.

Pebagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Berikut merupakan tentatif untuk Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2018/2019

Hari Pertama: 28 September 2017 (Jumaat)

06.00 pagi : Berkumpul di UM Sentral
06.30 pagi : Bertolak ke Nur Laman Bestari
07.30 pagi : Dijangka tiba di Nur Laman Bestari
8.00 pagi : Pendaftaran peserta & taklimat
8.30 pagi : Pembahagian dan pemasangan khemah
9.15 pagi : LDK1/Ice Breaking
10.15 pagi : LDK2
11.15 pagi : Sesi Bersama Alumni
12.30 tengahari : Makan tengahari & Solat Zohor berjemaah/Solat Jumaat
1.30 petang : LDK3
2.30 petang : Flying Fox dan Management Game
4.00 petang : Minum Petang & Solat Asar berjemaah
4.45 petang : Sukaneka
6.15 petang : Persiapan Catchy Night
7.00 petang : Makan malam dan solat Maghrib berjemaah
8.00 malam : Majlis Perasmian & Catchy Night
10.30 malam : Solat Isyak Berjemaah
11.00 malam : Night Walk

Hari Kedua: 29 September 2017 (Sabtu)

5.30 pagi : Persiapan diri dan solat Subuh
6.30 pagi : Senaman pagi
7.45 pagi : Sarapan pagi
8.00 pagi : Sesi Pengenalan MT & Exco Persatuan PAKK
9.00 pagi : Jungle Trekking
10.30 pagi : LDK 4
12.45 tengahari : Makan tengahari & Solat Zohor Berjemaah
1.30 petang : Halangan Air
3.00 petang : Persiapan Majlis Penutup
3.30 petang : Majlis Penutupan & Penyampaian hadiah
4.30 petang : Minum Petang & Solat Asar Berjemaah
5.00 petang : Bersiap dan bertolak pulang ke UM


 Sesi senaman pagi bersama semua peserta sebelum memulakan aktiviti

 Sesi pengenalan barisan kepimpinan MT & Exco PPAKKUM sesi 18/19

Sesi bergambar bersama Mentor, penyelaras bersama semua AJK, peserta termasuk staf Nur Laman Bestari sebagai tanda kenang-kenangan