20.12.13

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin PPAKKUM

Pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah mengadakan Solat Hajat serta Bacaan Yassin sempena musim peperiksaan yang bakal tiba. 

Pada pukul 9 pagi, pelajar PAKK dari setiap tahun yang berkelapangan telah hadir ke Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk menyertai majlis tersebut. Persatuan turut menjemput Ustaz Fikri yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Pengajian Islam untuk mengetuai bacaan yassin serta Solat Hajat. 

 Bacaan Yassin dimulakan setelah selesai melakukan solat hajat. 


Ustaz Fikri turut berkesempatan memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar PAKK untuk dijadikan sebagai pengisian rohani.

Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya

Pada 26 Oktober 2013 yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKKUM) sekali lagi menganjurkan Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya PPAKKUM 2013/2014. Objektif program tersebut ialah supaya dapat mendedahkan kepada para pelajar (terutamanya pelajar PAKK) tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh penceramah-penceramah sebelum mereka memperolehi kejayaan besar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 

Selain itu, pelajar turut berpeluang untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi pendidik yang unggul di samping menggalakkan kreativiti dalam penciptaan bahan bantu mengajar kanak-kanak yang lebih menarik dan berguna. 


Dengan bertemakan "Mirror On The Wall, How To Be The Best Educator Of All?", program di bawah kendalian Saudari Ooi Shi Ling ini telah diadakan di Auditorium Fakuklti Pendidikan, Universiti Malaya. 

Selepas ucapan pembukaa daripada YDP Persatuan dan Mentor Persatuan, telah diadakan gimik perasmian bagi program tersebut. 

Antara pelajar yang hadir. Pelajar daripada universiti lain turut menyertai program tersebut. 

Majlis diteruskan dengan penceramah Michelle Ong yang mengendalikan slot "Introducing Easymade Teaching Aids" dimana pelajar turut berpeluang mencuba untuk menghasilkannya.