23.10.14

Sambutan Konvokesyen PPAKKUM

Saban tahun, hari konvokesyen para senior akan diraikan dengan meriah sekali oleh semua ahli PPAKKUM. Pada tahun ini, senior PAKK telah bergraduasi pada 16 Oktober 2014 (Khamis) pada sesi pagi. Seperti menjadi adat turun-temurun dalam persatuan pelajar tahun 1 akan mencipta beberapa cheers untuk memberikan semangat kepada senior yang bergraduasi seterusnya memeriahkan suasana di luar DTC. 

Program ini turut bertujuan meraikan senior PAKK yang telah berjaya melepasi segala rintangan sebagai pelajar sepanjang 4 tahun di UM. Walaupun mentor kesayangan, Prof Madya Dr Mariani Md Nor tidak dapat bersama-sama di tempat kejadian, namun semangat beliau tetap ada. Tahniah yang tidak terhingga buat semua senior PAKK!


Tahniah pelajar tahun 1 kerana bersemangat dari awal pagi datang ke DTC untuk membuat cheers. Terima kasih juga kerana sentiasa memberikan komitmen yang baik bagi sepanjang latihan cheers diadakan. Terima kasih juga buat barisan senior yang turut serta dan membantu bagi memantapkan lagi cheers kali ini. 

Sementara menunggu graduan PAKK keluar.

Tahniah abang. Hey!
Tahniah kakak. Hey!

Program Santai MT & EXCO Bersama Pelajar Tahun 1

Pada 27 September 2014, barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah menganjurkan program santai bersama pelajar tahun 1. Program yang diadakan di Kawasan Rekreasi Taman Jaya ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memperkenalkan barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 kepada pelajar tahun 1. 

Pelbagai aktiviti disediakan oleh barisan MT & Exco khas untuk pelajar tahun 1 dalam bentuk yang lebih santai. Pelajar tahun 1 telah diminta memakai baju berwarna merah manakala senior memakai baju persatuan PAKK. 

 Program santai bermula dengan sesi ice breaking dimana pelajar tahun 1 serta pelajar senior perlu memperkenalkan diri masing-masing. 

Ayuh sarapan dulu untuk tambah tenaga buat next aktiviti ya!

Aktiviti pertama dimana kesemua ahli kumpulan perlu melompat tali getah dalam masa 20 saat. Bilangan ahli yang paling ramai dikira sebagai pemenang. 

Aktiviti kedua : Merebut belon
Setiap ahli kumpulan perlu menjaga belon mereka daripada dirampas dan dipecahkan oleh ahli kumpulan lain. 

Program Interaksi Sesi 2014/2015 Di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort

Bertemakan "Mahasiswa Pencetus Kecemerlangan", program interaksi dibawah pimpinan Saudari Nur Liyana Mohd Zamil telah diadakan pada 19-21 September 2014. Program interaksi kali ini telah diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. 


Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Lokasi bagi program interaksi kali ini ^^

19 SEPTEMBER 2014, JUMAAT
  • Tepat pada pukul 4.00 petang, semua ahli persatuan PPAKKUM selamat tiba di Kem Nur Lembah Pangsun
  • Sebaik tiba, majlis perasmian pembukaan terus diadakan
  • Menjalankan aktiviti LDK yang dikendalikan oleh jurulatih di Kem Nur Lembah Pangsun (diketuai oleh Pak Long)
  • Menjalankan aktiviti night walk walaupun dalam keadaan hujan lebat (bertepatan dengan trademark mentor persatuan "Zon Sengsara")
 Sebaik tiba di kawasan perkhemahan. 

 Sewaktu majlis perasmian pembukaan bagi program interaksi. Banner program kali ini mendapat pujian mentor persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor. Tahniah Unit Tugas-Tugas Khas.