13.11.18

KIDS FUN ZONE 2018


Pada 20-23 Oktober yang lalu bersempena dengan Festival Konvokesyen Universiti Malaya(FESKUM '18), Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengadakan Kids Fun Zone yang bertempat di foyer Auditorium Kompleks Perdana Siswa. Program ini diuruskan oleh pelajar tahun 1 yang diketuai oleh Eliza Natasha Binti Azli.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar pendidikan awal kanak-kanak untuk berkomunikasi dan berhubung dengan kanak-kanak melalui aktiviti yang direka oleh pelajar sendiri. Selain itu, program ini memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali antara satu sama lain, bekerjasama dan bertolak ansur sesama ahli persatuan. Di samping itu juga, keterlibatan program ini sedikit sebanyak dapat mengumpul dana persatuan yang akan digunakan pada program yang akan datang.

Antara aktiviti yang berlangsung di Kids Fun Zone adalah :-
  1. Sand and Art 
  2. Fishing 
  3. Twister board 
  4. Art on Canvas
  5. Sing and Dance 
  6. Nursery 
Terima kasih diucapkan kepada pihak FESKUM dan Universiti Malaya kerana telah memberi ruang kepada PPAKKUM untuk mengadakan program bersempena dengan majlis graduasi ini. Diharapkan agar penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

 Aktiviti Sand and Art

  Aktiviti Twister Board

  Aktiviti Fishing

 Aktiviti Art on Canvas 

Mentor PPAKKUM, Professor Datin Dr.Mariani Md. Nor turut hadir di tapak Kids Fun Zone sebagai tanda sokongan kepada program PPAKKUM