22.3.17

TEASER FANZTALE 22 !!!







[FANZTALE 22nd CENTURY] pernah dengar ape itu fanztale?????
ingin tahu rahsia disebalik fanztaleπŸ’πŸ»??
jom sama-sama kite saksikan FANTALEZ!!!πŸŽ‰πŸŽ‰ Info kepada anda semua !!!πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š FANZTALE nie hasil gabungan [fairytale n 22nd century] yang akan membawa satu perubahan yang besar dan suasana yang gempakkk kepada anda!!! Juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda. .

apa yang ada dalam fanztale ek???
.
.
.
MACAM-MACAM ADAAAAAAAA !!! Banyak persembahan yang menarik menanti anda semuaaa !!!
ada nyanyian solo,πŸŽ™ band,🎡 persembahan tarianπŸ’ƒπŸ», sketsa dan banyak lagii

Jom sama-sama sertai kami !!! Anda boleh dapatkan tiket masuk & makanan dengan harga RM5 sahaja pada minggu ini !!! Tapi kat mane???bile???pukul berape????πŸ™‡πŸ»πŸ™‡πŸ» 🏠*Tempat: di Auditorium utama fakulti pendidikan* πŸ—“*Tarikh: 29 mac 2017* πŸ•£*Masa: 7:30 pm -11:00pm*

Jumpa anda di sana yaa !!!πŸŽ‰
#PPAKKUM1617 #IntelligentIntegrityInfluence #SEDAYA1617 #FANZTALE22

14.3.17

Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM

Pada 11 hingga 12 Mac yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun, Selangor. Program ini adalah dipimpin oleh saudari Syakirah Binti Ruslan.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membentuk barisan kepimpinan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya yang berkualiti dan proaktif. Matlamatnya ialah menjadikan tonggak utama kepimpinan PPAKKUM mampu mengendalikan persatuan dengan lebih efisien dan berketerampilan serta dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dan saling berkerjasama di antara barisan kepimpinan yang telah dilantik bagi sesi 2016/2017.

Melalui program ini, barisan kepimpinan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dan secara langsung dapat menimba ilmu yang bermanfaat kepada semua yang terlibat. Di samping itu, menerusi program ini, pengalaman yang ditimba dapat menjadi bekalan ilmu yang dapat digunakan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Pebagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Berikut merupakan tentatif untuk Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun.

Hari Pertama: 11 Mac 2017 (Sabtu)

6.45 a.m    : Berkumpul di UM Sentral
7.00 a.m    : Bertolak ke Nur Lembah Pangsun
7.45 a.m    : Dijangka tiba di Nur Lembah Pangsun
8.00 a.m    : Majlis Perasmian Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
8.45 a.m    : Ice Breaking
9.30 a.m    : Minum pagi
10.00 p.m  : Explorace
12.00 p.m  : LDK 1
1.30 p.m    : Makan tengah hari dan solat zohor
2.15 p.m    : Kayaking
4.00 p.m    : Sukaneka @ LDK 2
5.00 p.m    : Solat Asar dan minum petang 
5.40 p.m    : LDK 3
6.30 p.m    : Makan malam, persiapan diri dan solat maghrib
7.45 p.m    : LDK 4
8.45 p.m    : Solat isyak
9.15 p.m    : Night walk
12.00 a.m  : Minum malam (supper)
12.30 a.m  : Rehat dan tidur

Hari Kedua: 12 Mac 2017 (Ahad)

5.30 a.m   : Persiapan diri dan solat subuh 
6.30 a.m   : Senaman pagi
7.15 a.m   : Sarapan 
7.45 a.m   : Jungle Trekking
11.30 p.m : LDK 5
1.30 p.m   : Makan tengah hari dan solat zohor
2.30 p.m   : Persiapan majlis penutup
2.45 p.m   : Majlis Penutup Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
4.00 p.m   : Bertolak ke Universiti Malaya


 Sesi Taklimat

 Majlis Perasmian Pembukaan

Majlis Perasmian Pembukaan

Explorace

Explorace

Explorace

Sukaneka
 Sukaneka

 Aktiviti membuat kayak

 Aktiviti Berkayak

Jungle Trekking

2.3.17

Pertandingan Mereka Baju t-shirt dan Baju Korporat PPAKKUM






Assalamualaikum dan salam sejahteraπŸ€—

Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mengadakan Pertandingan Mereka Baju t-shirt dan Baju Korporat PPAKKUM. πŸŽ‰πŸŽ‰
Setiap tahun diminta menyertai pertandingan ini. πŸ’•πŸ’•

Elemen dan kriteria yang perlu ada di atas baju tshirt dan baju korporat:
1. Logo PPAKKUM
2. Logo UM
3. URL Blog PPAKKUM (www.um-eces.blogspot.com)
4. URL website UM (www.um.edu.my)
5. Perkataan: Early Childhood Education Society

**logo persatuan boleh dapatkan dari exco teknikal atau mana-mana majlis tertinggi atau exco-exco persatuan

Rekaan baju perlu dihantar dalam bentuk Ai atau Ps bersama dengan bentuk pdf. 😎😎

Tarikh untuk hantar rekaan baju adalah pada 12pm hari 12 Mac 2017(Ahad).
Email kepada:  rouyipxy@live.com

Semoga berjaya. 😊😊😊