28.1.19

SAYONARA KAK FAZLINA!

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa Pn. Fazlina Zakaria atau dengan panggilan mesranya Kak Faz telah menamatkan perkhidmatannya pada awal Januari lalu. Oleh itu, dengan persetujuan bersama mentor persatuan, majlis tertinggi dan barisan exco, diadakan sedikit jamuan sebagai tanda kenang-kenangan buat Kak Faz yang kita sayangi.

Pn. Fazlina sudah berkhidmat bersama Prof. Datin Dr Mariani Md. Nor dalam mengendalikan program pendidikan awal kanak-kanak semenjak dari tahun 2007 sehingga Januari 2019. Sungguh banyak kenangan samada manis atau pahit sepanjang menjaga anak-anak didik program PAKK ini.

Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kata-kata atau tindakan kami yang telah mengguris hati dan diharapkan agar Kak Faz terus kekal memberikan sumbangan yang terbaik dalam tugasan yang mendatang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasa jasa dan baik budi Kak Faz selama ini.

SAYONARA KAK FAZ!

Prof. Datin Dr.Mariani Md.Nor memberi cenderahati kepada Puan Fazlina Zakaria sebagai tanda kenang-kenangan

Sesi bergambar!

RENTAK SENI BUDAYA (SEDAYA)



Pada 26 November 2018, telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) sesi 201/2019 di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini adalah dibawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Program ini telah dikendalikan oleh para pelajar tahun 2 yang telah diketuai oleh saudari Ili Najlaa Binti Samsul Ali dengan bertemakan 'Haunted Castle'
Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan bakat yang sedia ada. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum, menyatupadukan pelajar dari fakulti yang lain. 
Program ini juga diadakan untuk menggalakkan penglibatan pelajar PAKK untuk aktif dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Pada kali ini, program ini juga dapat menjemput pihak luar seperti fakulti untuk membuat persembahan. Persembahan yang dipersembahkan sangat menarik. 
Terima kasih kami ucapkan buat para hadirin yang sudi bersama dalam program SEDAYA'18 kali ini. Kami harapkan SEDAYA pada tahun hadapan akan lebih menarik lagi dengan persembahan yang lebih memukau. Kita tunggu dan lihat!


 Persembahan tahun 3

 Persemabahan tahun 1(kumpulan 2)

 Persembahan tahun 4 

 Persembahan tahun 1(kumpulan 1)

Persemabahan tahun 2