10.9.12

Latihan Mengajar 2011/2012

Tahniah kepada semua pelajar batch 2008/2009 dan 2009/2010 yang berjaya menamatkan Latihan Mengajar (LM) yang bermula pada 26 June hingga 17 Ogos 2012. Selama 8 minggu para pelajar mengharungi kehidupan sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak di tadika-tadika yang terpilih sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Kesemua pelajar yang terlibat telah ditempatkan secara berpasangan dengan bertujuan untuk melancarkan segala urusan mereka sepanjang LM. Mereka juga diletakkan di bawah bimbingan penyelia-penyelia yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran, portfolio harian dan kajian kes sebagai tugasan LM.

Melalui LM ini, ia dapat menguji keupayaan sebenar para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga berpeluang untuk bersama-sama kanak-kanak dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dicurahkan semasa di dalam kelas.

Sekali lagi, tahniah kepada semua yang berjaya mengharungi LM pada kali ini!

1 comments:

Anonymous said...

penat praktikal tak hilg lg tp seronok praktikal..kpd junior2 buleh laaa menabung dr sekrang utk keselesaan smsa praktikal... :)