3.11.11

SAMBUTAN KONVOKESYEN 2011

Setiap tahun, hari konvokensyen senior yang bergraduasi akan diraikan dengan meriah oleh semua ahli PPAKKUM. Pada tahun ini, hari konvokesyen jatuh pada 5 Oktober 2011 iaitu pada hari Rabu. Kesemua ahli terutamanya pelajar tahun satu PAKK berkumpul seawal pukul 2 petang untuk meraikan pelajar senior yang bergraduasi. Mereka telah mencipta beberapa "cheers" yang menaikkan lagi semangat dan seterusnya memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.

Mentor persatuan iaitu Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, telah membuat kejutan dengan menghadirkan diri di hadapan dataran DTC untuk meraikan kesemua pelajar PAKK yang bergraduan. Wajah-wajah gembira dan puas jelas kelihatan pada setiap pelajar PAKK yang telah menerima segulung ijazah. Penat lelah dan usaha yang mereka lalui selama ini membuahkan hasil yang baik.

Tahniah untuk semua pelajar dan mentor!










Ini adalah diantara "cheers" yang telah disorakkan dengan semangat oleh pelajar-pelajar tahun 1.






PROGRAM INTERAKSI SENIOR JUNIOR SESSI 2011/2012

Pada 16-18 September 2011 , Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menganjurkan program Hari Interaksi Senior Junior sesi 2011/2012 bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Program ini melibatkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Empat dan diiringi oleh beberapa orang pengiring bersama mentor PPAKKUM , Profesor Madya Dr. Mariani binti Md.Nor.

Kem ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli persatuan dari setiap tahun. Para peserta bertolak dari UM pada pukul 10 pagi dan perjalanan ke kem mengambil masa lebih kurang dua jam. Pada hari pertama, pelbagai aktiviti diadakan termasuklah sesi pembahagian khemah, ice breaking, tiru gaya dan tugu UM.

Pada hari kedua, peserta dikejutkan seawal 3 pagi untuk aktiviti “Night Blind”. Aktiviti ini sangat mencabar kerana para peserta dikehendaki untuk berjalan di kawasan tapak perkhemahan dalam keadaan mata tertutup. Peserta juga melakukan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh fasilitator. Lebih kurang pada pukul 9.30 pagi, para peserta bersiap sedia untuk aktiviti “Jungle Tracking”. Aktiviti ini sangat mencabar kerana menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.

Setelah aktiviti ini tamat, peserta menjamu makan tengah hari. Namun, peserta dicabar untuk menjamu selera dalam keadaan mata ditutup dengan kain hitam. Aktiviti ini dinamakan sebagai “Si Buta”. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat oleh semua peserta. Pada sebelah petang pula, aktiviti rentas halangan, flying fox dan berakit diadakan. Namun keadaan cuaca tidak mengizinkan para peserta untuk menamatkan aktiviti ini dengan jayanya.

Pada malam harinya pula, aktiviti “Simfoni Orkestra” diadakan. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat apabila peserta menunjukkan aksi mereka yang tersendiri sebagai seorang konduktor muzik. Selepas itu, beberapa orang peserta dipilih secara rawak untuk melakukan pengucapan awam. Aktiviti ini bertujuan melatih para peserta untuk lebih yakin berkomunikasi dengan orang sekeliling. Kemudian, aktiviti “Nakhoda Kapal” pula diadakan. Aktiviti ini mendorong para peserta untuk berani tampil ke hadapan dan berani untuk bersuara.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, aktiviti flying fox dan berakit disambung semula berikutan cuaca yang tidak mengizinkan pada hari sebelumnya. Pada pukul 11 pagi, program perasmian pembukaan dan penutupan dilangsungkan. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh wakil dari Kem Nur Lembah Pangsun, Ustaz Hasbi bin Ayan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor.

Setelah tamat majlis perasmian, para peserta dijamu dengan makan tengah hari dan berangkat pulang ke UM pada pukul 2 petang. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada para peserta dan pihak yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.































_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me