11.9.12

Selamat Kembali Ke UM

Wow ! Sedar tak sedar sudah habis cuti sesi 2011/2012. Sekarang sudah masuk sesi 2012/2013. Sekejap saja rasanya cuti. Tambah-tambah lagi buat pelajar tahun 3 yang baru sahaja selesai Latihan Ilmiah pada Jun-Ogos lepas. Dan sekalung tahniah buat pelajar tahun 4 yang sekarang menunggu hari besar mereka iaitu HARI GRADUASI yang akan berlangsung pada Oktober ini. Tidak lama lagi mereka adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Malaya... Wah! Bangganya! Tahniah sekali lagi yea kakak-kakak dan abang-abang.

Oh ya hari ini adalah hari pertama kuliah dan kebanyakan pelajar masih dalam mood raya atau cuti. Masing-masing berkongsi cerita mengenai hari raya, kuih raya, baju raya, kasut raya, tudung raya, tunang raya, baby raya, suami raya... Oppssss! Heheh macam-macamlah cerita yang ada. Dataran C yang sunyi sepi semasa cuti sesi kini seperti berpesta sebab di situ memang tempat kami pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) lepak dan menghabiskan masa jika tiada kuliah. Di Dataran C juga kami selalu mengadakan perbincangan mengenai tugasan kuliah malah ia berdekatan dengan perpustakaan fakulti dan juga cafe. :)

Ermmm anda bagaimana ? Buat semua pelajar IPTA & IPTS khususnya yang mengambil bidang PAKK, SELAMAT KEMBALI KE UNIVERSITI. Kami PPAKKUM mengucapkan semoga berjaya dan sihat selalu untuk semester baru ini dan hari-hari yang mendatang.

Jumpa lagi! :)

0 comments: