22.9.13

Program Interaksi PPAKKUM 2013/2014

Bertemakan "Pendidik Berkualiti, Generasi Berinovasi" pada program kali ini, program interaksi telah diadakan pada 13-15 September 2013 di Kela Adventure Camp, Kg Cheduk Kela, Raub, Pahang. Program interaksi ini merupakan projek sulung bagi pelajar tahun 2 pada sesi kali ini dan pengarah program interaksi pada kali ini ialah saudara Shah Zaini Lasimin. Setelah bertungkus-lumus mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya program ini berjaya direalisasikan. Tahniah pelajar tahun 2 !

Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Objektif program ini adalah :
  • Ahli-ahli persatuan saling mengenali antara satu sama lain.
  • Menggalakkan aktiviti secara berpasukan dan menggalakkan sikap toleransi sesama ahli persatuan.
  • Memberi maklumat dan pengalaman perkhemahan yang bertunjangkan kerjasama kepada ahli persatuan.
  • Membina kekuatan fizikal dan mental di kalangan ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Banner program interaksi tahun ini. Tahniah Unit tugas-tugas khas.

13 SEPTEMBER 2013
  • Bertolak pada pukul 8.00 pagi dari UM Sentral dan tiba pada pukul 11.30pagi.
  • Membuat majlis pembukaan
  • Memasang khemah
  • Menjalankan aktiviti LDK 
  • Membuat nightwalk 
Sewaktu pemasangan khemah


14 SEPTEMBER 2013
  • Operasi burung hantu pada waktu pagi
  • Aktiviti LDK
  • Membuat senaman pagi yang diketuai oleh jurulatih Kela Camp
  • Water confident
  • Menjalankan aktiviti berakit
  • Membuat aktiviti titian burma, titian silara serta flying fox
  • Mempelajari beberapa teknik ikatan tali dari Encik Azmi Bedu
  • Aktiviti Ikhtiar Hidup
  • Malam kebudayaan bertemakan "Cikgu Saya"
 Senam pagi yang super hebat !

 Persembahan water confident bagi setiap kumpulan. Caiyok caiyok !
 Semua pelajar tidak sabar untuk memulakan aktiviti berakit.

 Tabik hormat kepada Mentor kesayangan, Prof Madya Dr Mariani Md Nor yang turut sama menyertai aktiviti berakit walaupun dalam keadaan yang kurang sihat. 

Semua pelajar PAKK hebat dalam memasak sewaktu aktiviti ikhtiar hidup.

Sewaktu persembahan makanan kepada mentor.

15 SEPTEMBER 2013
  • Membuat aktiviti senam pagi
  • Melakukan demonstrasi cara membantu mangsa ketika sedang jungle trekking
  • Jungle trekking (meredah hutan, sungai dan belajar menganyam atap)
  • Membuat aktiviti penutupan
  • Mengemas khemah
  • Sesi bergambar
  • Bertolak pulang ke UM

Senam pagi yang seronok! Adventure ! Adventure !
 Jungle trekking. 
 Anyaman atap dari kumpulan 5. Kemah keming sek kito~ kemah keming sek kito~

 Mentor, barisan MT dan super senior mengambil gambar kenangan bersama En Azmi Bedu dan jurulatih Kela Adventure Camp.

 Kela adventure camp terbaik ! Adventure! Adventure!

Bas sudah sampai, ayuh kita bertolak pulang.


Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat. 
PAKK CEMERLANG, UM GEMILANG

0 comments: