21.9.13

PERJUMPAAN SENIOR-JUNIOR PAKK SESI 2013/2014

Pada 9 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk:
  • memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2013/2014
  • memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2013/2014
  • mengeratkan silaturrahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YDP Persatuan, Saudara Mohd Azwan A Rahman dimana beliau mengharapkan junior dapat melibatkan diri pada setiap program yang dianjurkan serta menghormati senior dan terutamanya menghormati mentor persatuan yang telah banyak berjasa iaitu Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan daripada mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan tentang penglibatan aktif daripada pelajar tahun 1 terutamanya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Malahan, penglibatan dalam setiap program sangat membantu dalam membina "soft-skill" yang diperlukan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor ketika memberi ucapan.

Sesi pengenalan Majlis Eksekutif dan Pengerusi Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pengenalan projek-projek persatuan beserta pengarah program bagi setiap projek persatuan sesi 2013/2014.


Sebelum majlis perjumpaan berakhir, Mentor persatuan bersama super senior telah merancang satu aktiviti untuk semua ahli persatuan. 

Kesemua ahli persatuan seronok melakukan aktiviti tersebut. 

"PAKK CEMERLANG, UM GEMILANG"

0 comments: