8.9.13

Gerak Kerja Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2013/2014

Bermula 2 September 2013 hingga 6 September 2013, seramai 20 orang terdiri daripada para Majlis Tertinggi PPAKKUM 2013/2014, PP dan AJK bagi program Interaksi PPAKKUM sesi 2013/2014 telah bertungkus lumus membuat gerak kerja bagi memastikan Program Interaksi Senior-Junior berjalan lancar pada 12 hingga 14 September ini.

 Saudara Shah Zaini selaku Pengarah Program bagi Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2013/2014 kali ini memulakan mesyuarat bagi pembentangan gerak kerja setiap unit.


Saudari Nadirah selaku PP Protokol membentangkan gerak kerja bagi unit Protokol.

Kesemua PP & AJK berganding bahu membantu unit Hadiah dan Cenderamata membungkus hamper. 



Tak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan buat mentor kesayangan, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada semua PP dan AJK bagi program interaksi ini memandangkan ini merupakan projek pertama bagi pelajar tahun 2. 


Terima kasih juga ditujukan buat semua barisan MT dan pegawai pengiring yang tidak pernah lokek ilmu memberikan idea yang terbaik. 


Semoga segala urusan bagi Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2013/2014 dipermudahkan dan berjalan lancar. Buat para junior, semoga kem kali ini akan merapatkan lagi ukhwah antara senior dan junior. 


"Pendidik Kanak-kanak Unggul Berkualiti."
PAKK Cemerlang, UM Gemilang !

0 comments: