3.10.13

Sambutan Konvokesyen PPAKKUM

Saban tahun, hari konvokesyen para senior akan diraikan dengan meriah sekali oleh semua ahli PPAKKUM. Pada tahun ini, senior PAKK telah bergraduasi pada 2 Oktober 2013 (Rabu) pada sesi petang. Seperti menjadi adat turun-temurun dalam persatuan pelajar tahun 1 akan mencipta beberapa cheers untuk memberikan semangat kepada senior yang bergraduasi seterusnya memeriahkan suasana di luar DTC. 

Program ini turut bertujuan meraikan senior PAKK yang telah berjaya melepasi segala rintangan sebagai pelajar sepanjang 4 tahun di UM. Walaupun buat pertama kali mentor kesayangan, Prof Madya Dr Mariani Md Nor tidak dapat bersama-sama pada hari kejadian, namun semangat beliau tetap ada. Tahniah yang tidak terhingga buat semua senior PAKK !



 Tahniah juga ditujukan kepada pelajar tahun 1 kerana akhirnya berjaya membuat cheers yang hebat. Terima kasih juga diatas komitmen yang diberikan sepanjang latihan. Tidak lupa buat senior tahun 2 yang tidak pernah jemu untuk turut serta dan membantu bagi memantapkan lagi cheers pelajar tahun 1. 

PAKK Bombastik~ PAKK Hebat~ PAKK Awesome~

Haiyark ! Kasi sengat sama dia~


Pelajar tahun 4 mengambil gambar kenangan dengan beberapa senior yang berkonvo. 

Tahniah Mantan YDP PPAKKUM 2012/2013, Ahmad Muaz Bin Hairi.


Last but not least,

Pelajar tahun 1 juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama senior yang berkonvo. Tahniah senior. Tabik spring~



"To accomplish great things, we must not only act but also dream, not only dream, but also believe." 

HAPPY GRADUATION SENIORS :)

0 comments: