13.11.14

Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) PPAKKUM 2014/2015

Pada 8 November 2014 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, majlis yang dikendalikan oleh pelajar tahun dua ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam para ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM).

Bertemakan "Martabatkan Budaya, Aspirasikan Mahasiswa", semua pelajar dari setiap tahun (Tahun 1-4) telah berjaya mempersembahkan persembahan yang  cukup hebat. Begitu meriah program SEDAYA pada kali ini kerana AJK Pelaksana turut mengambil inisiatif menjemput pelajar daripada fakulti lain untuk terlibat sama. Selain menjemput Kumpulan Nasyid dari Kolej Kediaman Ke-12, SEDAYA pada kali ini turut menjemput serta penyanyi dari Institut Perguruan (IPG) dan pemain seruling daripada Kolej Za'aba. 

Pada pukul 9.00 pagi, majlis bermula dengan ucapan daripada pengarah program SEDAYA pada kali ini iaitu saudari Peggy Chan. Beliau melahirkan rasa terharu dengan segala komitmen yang diberikan oleh setiap AJK Pelaksana dan juga pelajar dari setiap tahun kerana berjaya merealisasikan program SEDAYA tersebut. 


Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP PPAKKUM, Saudara Muhammad Khalil Kader Mydin dan ucapan persamian oleh Mentor kesayangan merangkap Dekan Fakulti Pendidikan, Prof Madya Dr Mariani Md Nor.

Mentor persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor mengucapkan tahniah kepada saudari Peggy serta AJK Pelaksana kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program SEDAYA. Beliau turut mengucapkan terima kasih kesudian pelajar daripada fakulti lain yang turut sama memberikan persembahan pada hari tersebut. 

Gimik perasmian berlatarkan muzik The Phantom Of The Opera yang begitu kreatif. Tahniah pelajar tahun 2. 

Barisan VIP pada hari tersebut. Terima kasih juga super senior yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke program SEDAYA pada kali ini. 


Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu persembahan pelajar bagi setiap tahun. 

Persembahan Tahun 1
Pelajar tahun 1 membuat persembahan koir pada kali ini. Menyanyikan medley 3 lagu "Standing In The Eyes, Let It Go serta Terukir Di Bintang". Tahniah pelajar tahun 1



Kemudian, persembahan nasyid yang dibawa khas daripada Kolej Kediaman 12
Persembahan Nasyid Dari Kumpulan Nasyid Kolej Kediaman Ke-12
Begitu lunak alunan suara kumpulan nasyid dari Kolej Kediaman Ke-12 sewaktu memberi persembahan nasyid pada hari tersebut. 

Persembahan Tahun 2
Pelajar tahun 2 meneruskan majlis dengan persembahan lakonan sekuel daripada lakonan tahun lepas. Haris & Izzah Part II. Selain itu, mereka turut memberikan persembahan tarian sewaktu di akhir persembahan. Tahniah pelajar tahun 2.

Persembahan Tahun 3
Pelajar Tahun 3 membuat persembahan pergerakan kreatif menggunakan lagu "Hujan, Price Tag & Uptown Girl". Di awal persembahan, pelajar SUKSIS daripada tahun 3 menunjukkan seni mempertahankan diri (SMD) . Tahniah pelajar tahun 3.

Persembahan nyanyian khas daripada pelajar IPG, saudara Abdul Qahar
Saudara Abdul Qahar mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk Hanya Aku dan Cinta Dalam Hati. 

Persembahan Tahun 4
Pelajar Tahun 4 memberikan persembahan lakonan "Cinderella" yang begitu menarik sekali. Penonton tidak kering gusi melihat lakonan yang ditunjukkan terutamanya watak saudara Mohd Farham selaku TYDP PPAKKUM menjadi watak Cinderella. Tahniah pelajar tahun 4. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tiupan seruling oleh saudara Rahman dari Kolej Kediaman Za'aba. Beliau menyanyikan lagu Disini Lahirnya Sebuah Cinta dan tiupan seruling OST Winter Sonata yang begitu mengasyikkan. 

Sebelum program berakhir, majlis diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada wakil pelajar yang membuat persembahan. 


Tahniah diucapkan kepada saudari pengarah program serta ahli jawatankuasa pelaksana program kerana berjaya melaksanakan program Sedaya dengan baik. Terima kasih kepada Mentor, Pegawai Pengiring, barisan MT serta semua ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah banyak berjasa. 

#PAKKawesome

0 comments: