22.11.14

Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (OPKIM)

Pada 14 hingga 16 November yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berjaya menganjurkan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat Desa (OPKIM) di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu, Ledang Johor. Ini merupakan program pertama PPAKKUM yang dijalankan di negeri Johor.


Program OPKIM 2014/2015 dibawah kelolaan saudari Siti Maryam pada kali ini merupakan salah satu daripada program tahunan PPAKKUM dan ianya melibatkan semua mahasiswa daripada tahun pertama hingga tahun keempat yang merupakan ahli persatuan juga. 

Selain itu, Program OPKIM ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan peranan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam membina generasi muda yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi. 

Di samping itu ia dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan masyarakat setempat melalui kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan. Dari sudut yang positif, kita dapat melatih mahasiswa secara amali dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat tidak kira tua atau muda.

HARI PERTAMA
Rombongan bertolak pada pukul 8.00 pagi dan selamat tiba di Kampung Parit Tunggul pada pukul 11.00 pagi. Sebaik tiba, Majlis Perasmian Pembukaan serta majlis penyerahan anak angkat terus diadakan.
 Barisan VIP pada hari tersebut. 
 Saudari Tay Yih Yih & saudara Shah selaku MC sepanjang OPKIM berlangsung. Tahniah MC terhebat PPAKKUM ^^
Majlis Penyerahan Anak Angkat. Seramai 20 buah keluarga mengambil bahagian untuk program OPKIM pada kali ini. Terima kasih sudi menerima kehadiran kami

Pada waktu malam, diadakan Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta Aktiviti Pengenalan ICT kepada kanak-kanak di Kg Parit Tunggul tersebut. 

 Kanak-kanak di Kg Parit Tunggul begitu teruja dapat mempelajari beberapa software yang dapat membantu pembelajaran mereka. 

 Aktiviti LDK dilakukan di luar balairaya. Walaupun terpaksa dilakukan dalam gelap dan hari hujan, itu tidak menjadi penghalang bagi peserta OPKIM untuk melakukan aktiviti. Aktiviti LDK dilakukan dengan penuh gelak ketawa terutamanya apabila slot denda.

HARI KEDUA
Seawal pagi aktiviti pertama yang dilakukan ialah senamrobik. Senamrobik yang menarik dibawah tunjuk ajar saudari Risli dan Marsha ini turut memberi keterujaan kepada penduduk kampung untuk turut serta. 

Penduduk Kampung Parit Tunggul yang sporting. Cayalah! ^^

Kemudian, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan yang membuat mural, membersihkan balairaya, membersihkan surau serta membersihkan rumah ibu tunggal. 

Tadaa! Balairaya Kg Parit Tunggul dah bertukar ceria. Tahniah Hanom selaku ketua bahagian mural (yang sedang menyapu tu).

Pada sebelah petang, diadakan aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak dan penduduk kampung. 
 Begitu seronok kanak-kanak disana ketika aktiviti sukaneka.
 Bukan kanak-kanak sahaja yang seronok, kakak-kakak PAKK pun seronok main sukaneka ^^
Aktiviti Musical Chair.
Oleh kerana cuaca hujan, aktiviti futsal bersama penduduk kampung terpaksa dibatalkan dan ditukarkan kepada aktiviti musical chair (versi kanak-kanak dan dewasa)

Aktiviti pada hari kedua tidak berakhir dengan aktiviti sukaneka sahaja. Malah, ianya diteruskan dengan malam kebudayaan pada sebelah malam. Penduduk kampung berpeluang melihat bakat-bakat terpendam ahli PPAKKUM ^^

Persembahan flashmob yang terbaik daripada pelajar tahun 1.

 Persembahan khas tarian cina yang begitu menarik daripada Saudari Ng YinYee, Hor Kah Qing, Wong Kee Yean & Lee Hui Ping.

Tidak dilupakan, persembahan Boria daripada pelajar tahun tiga.

 Kami begitu bertuah kerana terdapat wakil penduduk kampung yang ingin membuat persembahan iaitu adik Mohd Aniq. Aniq mendendangkan dua buah lagu pada malam tersebut. 
Mantan YDP PPAKKUM 2013/2014, Saudara Azwan A. Rahman sempat bergabung dengan saudara Ariff untuk mendendangkan lagu Cerita Tentang Kita.

HARI KETIGA
Pada hari terakhir berprogram di Kampung Parit Tunggul, peserta berpeluang melawat dua buah Tabika Kemas iaitu Tabika Kemas Parit Simpang dan Tabika Kemas Parit Medan. Mentor Persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor juga berjanji ingin menyumbangkan sebuah komputer pada tabika berkenaan.

Seterusnya, tentatif diteruskan dengan majlis perasmian penutupan serta majlis penyerahan kembali anak angkat. Pada hari tersebut, majlis dirasmikan oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tahir Mohd Taat.
Terima kasih Y.A.B Datuk Tahir kerana sudi merasmikan majlis perasmian penutupan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat Sesi 2014/2015.

 Sesi bersalam-salaman dengan penduduk kampung. Terima kasih sudi terima kami. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. 

Sesi bergambar. 
#PAKKawesome
#KampungParitTunggulAwesome

Tahniah diucapkan kepada saudari pengarah program serta ahli jawatankuasa pelaksana program kerana berjaya melaksanakan program Mahasiswa Bersama Masyarakat dengan baik sekali. Terima kasih kepada Mentor, Pegawai Pengiring, barisan MT, barisan alumni serta semua ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah banyak berjasa sepanjang program ini berlangsung. Semoga ukhuwah yang terbina mampu dieratkan ^^

#PAKKawesome

1 comments:

tisuchi said...

Hello there...
If you are interested to get any international scholarship, I can forward you one of the best newly growing scholarship website. Perhaps, it will help you to get your desire scholarship.

http://www.sclrship.com