23.10.14

Program Santai MT & EXCO Bersama Pelajar Tahun 1

Pada 27 September 2014, barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah menganjurkan program santai bersama pelajar tahun 1. Program yang diadakan di Kawasan Rekreasi Taman Jaya ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memperkenalkan barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 kepada pelajar tahun 1. 

Pelbagai aktiviti disediakan oleh barisan MT & Exco khas untuk pelajar tahun 1 dalam bentuk yang lebih santai. Pelajar tahun 1 telah diminta memakai baju berwarna merah manakala senior memakai baju persatuan PAKK. 

 Program santai bermula dengan sesi ice breaking dimana pelajar tahun 1 serta pelajar senior perlu memperkenalkan diri masing-masing. 

Ayuh sarapan dulu untuk tambah tenaga buat next aktiviti ya!

Aktiviti pertama dimana kesemua ahli kumpulan perlu melompat tali getah dalam masa 20 saat. Bilangan ahli yang paling ramai dikira sebagai pemenang. 

Aktiviti kedua : Merebut belon
Setiap ahli kumpulan perlu menjaga belon mereka daripada dirampas dan dipecahkan oleh ahli kumpulan lain. 



Aktiviti ketiga : Nikah, Cerai, Rujuk
Aktiviti selingan yang dikendalikan oleh YDP, Saudara Khalil mementingkan fokus setiap ahli kumpulan untuk membuat gaya yang betul. 

Aktiviti Keempat : Membawa tin menggunakan peppero stick

setiap ahli kumpulan perlu menghantar wakil (senior & junior) untuk menjalankan aktiviti tersebut. 


Aktiviti terakhir : Futsal sambil berkain batik/pelikat ^^

Setelah dikira markah bagi keseluruhan, kemenangan berpihak kepada kumpulan 5. Jadi, kumpulan lain hendaklah pasrah untuk didenda.......

Pasrah.

Pasrah Part II.

Pasrah Part III. Minum air anggur dicampur garam. Kesian~

Diharap pelajar tahun 1 berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan. Semoga ukhuwah yang lebih erat akan terbina. Minta maaf segala apa yang terkurang dari kami barisan MT & Exco. 

Terima kasih bagi semua pelajar yang terlibat (termasuk pelajar senior tahun 2 & 3 yang sudi meluangkan masa). 

"PAKK AWESOME!"

0 comments: