23.10.14

Program Interaksi Sesi 2014/2015 Di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort

Bertemakan "Mahasiswa Pencetus Kecemerlangan", program interaksi dibawah pimpinan Saudari Nur Liyana Mohd Zamil telah diadakan pada 19-21 September 2014. Program interaksi kali ini telah diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. 


Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Lokasi bagi program interaksi kali ini ^^

19 SEPTEMBER 2014, JUMAAT
  • Tepat pada pukul 4.00 petang, semua ahli persatuan PPAKKUM selamat tiba di Kem Nur Lembah Pangsun
  • Sebaik tiba, majlis perasmian pembukaan terus diadakan
  • Menjalankan aktiviti LDK yang dikendalikan oleh jurulatih di Kem Nur Lembah Pangsun (diketuai oleh Pak Long)
  • Menjalankan aktiviti night walk walaupun dalam keadaan hujan lebat (bertepatan dengan trademark mentor persatuan "Zon Sengsara")
 Sebaik tiba di kawasan perkhemahan. 

 Sewaktu majlis perasmian pembukaan bagi program interaksi. Banner program kali ini mendapat pujian mentor persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor. Tahniah Unit Tugas-Tugas Khas. 



 Sewaktu aktiviti LDK dijalankan. 


Kerjasama ahli kumpulan sangat diperlukan. Caiyok! Caiyok!

20 SEPTEMBER 2014, SABTU
  • Senaman pagi 
  • Jungle trekking (perjalanan pergi balik sejauh 14km dan semua ahli persatuan PPAKKUM berpeluang untuk mandi air terjun ^^)
  • Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami berpeluang menjalankan aktiviti obstacles (antaranya ialah titian gantung dan merangkak di atas lumpur)
  • Pada waktu malam diadakan malam kebudayaan dimana setiap kumpulan diberikan tajuk lagu dan diberi kebebasan untuk mempersembahkannya
  • Kemudian, kami berpeluang menjalankan aktiviti LDK yang dikendalikan oleh pelajar PHD PAKK UM yang merupakan pelajar Prof Madya Dr Mariani Md. Nor


21 SEPTEMBER 2014, AHAD
  • Senaman pagi
  • Menjalankan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh pelajar Tahun 2
  • Mengadakan majlis perasmian penutupan bagi program interaksi
  • Pemberian hadiah kepada ahli kumpulan yang menang dan anugerah bagi pelajar tahun 1
  • Mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan
Semoga hubungan senior-junior akan bertambah erat selepas program interaksi kali ini dan diharap pelajar tahun 1 akan lebih aktif melibatkan diri bagi setiap aktiviti persatuan. 

Jutaan terima kasih bagi semua pihak yang terlibat.
PAKK AWESOME ^^

0 comments: