20.12.13

Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya

Pada 26 Oktober 2013 yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKKUM) sekali lagi menganjurkan Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya PPAKKUM 2013/2014. Objektif program tersebut ialah supaya dapat mendedahkan kepada para pelajar (terutamanya pelajar PAKK) tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh penceramah-penceramah sebelum mereka memperolehi kejayaan besar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 

Selain itu, pelajar turut berpeluang untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi pendidik yang unggul di samping menggalakkan kreativiti dalam penciptaan bahan bantu mengajar kanak-kanak yang lebih menarik dan berguna. 


Dengan bertemakan "Mirror On The Wall, How To Be The Best Educator Of All?", program di bawah kendalian Saudari Ooi Shi Ling ini telah diadakan di Auditorium Fakuklti Pendidikan, Universiti Malaya. 

Selepas ucapan pembukaa daripada YDP Persatuan dan Mentor Persatuan, telah diadakan gimik perasmian bagi program tersebut. 

Antara pelajar yang hadir. Pelajar daripada universiti lain turut menyertai program tersebut. 

Majlis diteruskan dengan penceramah Michelle Ong yang mengendalikan slot "Introducing Easymade Teaching Aids" dimana pelajar turut berpeluang mencuba untuk menghasilkannya. 


Ketika waktu rehat, pelajar turut berpeluang melihat pameran model taska di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara bergilir-gilir. Model tersebut dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai Taska Montessori, Waldolf, Glenn Doman, Dr. Claire dan Howard Gardner. Untuk pengetahuan semua, model taska yang cukup kreatif ini telah dihasilkan oleh Pelajar PAKK Tahun 4.

Mentor kesayangan, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor turut memberi penerangan mengenai ciri-ciri untuk menjadi pendidik yang unggul. 

Peserta yang hadir turut disajikan dengan persembahan dikir barat yang keratif daripada pelajar tahun 3.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.


Tahniah kepada saudari Ooi Shi Ling diatas program yang hebat ini dan tidak dilupakan kepada semua AJK yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada Mentor Kesayangan, barisan MT serta pegawai pengiring yang telah banyak membantu. 

0 comments: