20.12.13

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin PPAKKUM

Pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah mengadakan Solat Hajat serta Bacaan Yassin sempena musim peperiksaan yang bakal tiba. 

Pada pukul 9 pagi, pelajar PAKK dari setiap tahun yang berkelapangan telah hadir ke Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk menyertai majlis tersebut. Persatuan turut menjemput Ustaz Fikri yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Pengajian Islam untuk mengetuai bacaan yassin serta Solat Hajat. 

 Bacaan Yassin dimulakan setelah selesai melakukan solat hajat. 


Ustaz Fikri turut berkesempatan memberikan sedikit tazkirah kepada pelajar PAKK untuk dijadikan sebagai pengisian rohani.


Selesai bacaan yassin dan solat hajat, semua pelajar berpeluang menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh pada hari tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. InsyaAllah. Sempena minggu studyweek yang bermula esok, diharap semua pelajar dapat memanfaatkan masa sebaiknya untuk mengulangkaji dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi pelajar PAKK UM. Tak dilupakan, semoga segala program yang telah dirancang oleh persatuan dipermudahkan-Nya. Amin. 


SELAMAT BERSTUDYWEEK ^^

0 comments: