30.10.13

Rentak Seni Budaya (SEDAYA) 2013

Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Majlis Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, majlis yang dikendalikan oleh pelajar tahun dua ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam para ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM).


Bertemakan "Budaya Dihormati, Mahasiswa Berintegriti", semua pelajar dari setiap tahun (Tahun 1-4) telah berjaya mempersembahkan persembahan yang  cukup hebat. SEDAYA pada kali ini juga menjemput pelajar dari Akademi Pengajian Islam (API) dan pelajar Sarjana daripada jurusan Kaunseling untuk membuat persembahan. 

 Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program Sedaya pada kali ini, Saudari Marsha Brillante Boni Galim dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada Mentor kesayangan, Prof Madya Dr. Mariani Md Nor. 


Acara yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan daripada pelajar PAKK dari setiap tahun (Tahun 1-4).

 Persembahan lakonan yang hebat daripada pelajar Tahun 1. Tahniah Pelajar Tahun 1 !

 Persembahan tarian citrawarna yang kreatif daripada Pelajar Tahun 2. Tahniah Pelajar Tahun 2. Kemah keming sek kito~


 Persembahan Dikir Barat yang cukup awesome daripada pelajar Tahun 3. Tahniah Pelajar Tahun 3.

 Persembahan Boria yang sungguh comel daripada pelajar Tahun 4. Tahniah pelajar Tahun 4. 

Pelajar Tahun 4 juga telah membuat persembahan khas bagi menghargai jasa Mentor Kesayangan, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor yang telah banyak berjasa sepanjang 4 tahun mereka di Universiti Malaya. 

We Love You Dr. Mariani ^^

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih buat pelajar daripada Akademi Pengajian Islam (API) dan Saudara Mohd Hijasri, pelajar Sarjana jurusan Kaunseling yang sudi membuat persembahan dan memeriahkan Majlis Sedaya pada kali ini. 


Tahniah diucapkan kepada saudari pengarah program serta ahli jawatankuasa pelaksana program kerana berjaya melaksanakan program Sedaya dengan baik. Terima kasih kepada Mentor, Pegawai Pengiring, barisan MT serta semua ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah banyak berjasa. 

0 comments: