25.3.13

Post-Mortem Projek Terakhir bagi sesi 2012/2013

Salam Sejahtera.
Tajuk macam sedihkan ? Tapi itulah realiti.  Siapa sangka dalam bergembira dan bersuka ria dalam melaksanakan projek-projek PPAKKUM, ini adalah post-mortem terakhir bagi sesi ini dan yang terakhir buat tahun 4. Selepas ini tiada lagi keriangan bersama-sama membuat persiapan dan melaksanakan projek-projek. Hanya harapan yang tinggal agar pelajar-pelajar junior dapat meneruskan kesinambungan kegemilangan PPAKKUM. 

Pada pagi ini, sesi post-mortem bagi Program Hari Keluarga & Majlis Makan Malam PPAKKUM telah diadakan seawal jam 8 pagi dan tahniah kepada semua yang hadir. Sepanjang sesi ini, pelbagai kekuatan dan kelemahan diperbincangkan bagi memperkukuhkan lagi tunjang persatuan untuk masa hadapan. Selepas itu, sedikit jamuan ringan diadakan bagi menghargai ahli jawatankuasa yang terlibat.

Sehubungan dengan ini juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor kesayangan; Prof Madya Dr Mariani Md Nor atas segala sokongan dan semangat yang diberikan, tunjuk ajar atas kelemahan yang ada kepada semua ahli PPAKKUM. Marah marah sayang itulah yang akan kami rindui terutamanya bagi pelajar tahun 4. Seterusnya ribuan terima kasih kepada pegawai pengiring En Mohd Fadzil Saharudin & En Saiful Taqiyuddin Iskak atas setiap pertolongan & nasihat. Tidak lupa kepada super seniors merangkap alumni yang sentiasa bersama kami iaitu En Mohd Zulkaisi Md Ghani & Cik Nursyima Rahman. Begitu juga kepada alumni yang sudi hadir pada malam tersebut. Akhir sekali kepada barisan MT & EXCO serta ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program kali ini. Syabas diucapkan! Terima kasih atas masa yang diluangkan. Semoga diberkati dan hanya Allah yang dapat membalas segala budi baik kalian. (",)






0 comments: