5.3.13

Kembara Desa, Jelajah Anak Bangsa

Alhamdulillah. Setinggi syukur kerana program Kembara Prasekolah PPAKKUM 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan pahit manis pengalaman yang diperolehi oleh peserta program. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Prof Madya Dr Mariani yang sentiasa membantu, pegawai pengiring & barisan alumni PPAKKUM, Jabatan Pelajaran Pahang, Tok Pat & penduduk Kampung Kuala Kechau, guru-guru prasekolah cemerlang yang mengalu-alukan kedatangan kami dan semua peserta yang menjayakan program ini. 

Program Kembara Prasekolah ini merupakan salah satu program tahunan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) di mana melibatkan mahasiswa yang juga merupakan ahli PPAKKUM sendiri di mana mahasiswa akan dibawa untuk mengembara ke prasekolah cemerlang di daerah Lipis dan Raub. Program ini ialah sebuah program yang berbentuk integriti luar yang berkonsep dan bermatlamatkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar PPAKKUM dengan masyarakat desa. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang mahasiswa PPAKKUM dengan agenda yang bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia juga dapat melatih mahasiswa mempelajari pelbagai bidang kemahiran insaniah dan sekaligus mengelakkan mahasiswa daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Objektif program ialah :
  1. Mengumpul sebanyak mungkin maklumat, idea/ilham mengenai keceriaan kelas serta pengurusan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  2. Memberikan pengalaman kepada mahasiswa persatuan menjalankan aktiviti bersama pegawai, guru dan staf sokongan lain di prasekolah dan tadika terpilih.
  3. Mengenalpasti kemudahan yang disediakan cukup atau tidak cukup untuk keselesaan murid-murid semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di sekitra daerah Lipis & Raub.
  4. Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa persatuan dan pihak sekolah/tadika.
  5. Melahirkan mahasiswa universiti yang mempunyai motivasi tinggi dan mampu berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Prasekolah cemerlang yang dilawati ialah :
  1. Prasekolah, SK Chung Ching, Raub, Pahang
  2. Prasekolah, SK Pamah Kulat, Raub
  3. Prasekolah, SK Ulu Atok, Raub
  4. Prasekolah, SK Felda Sg Koya, Kuala Lipis, Pahang
  5. Prasekolah, SK Relong, Kuala Lipis
Selain itu kami juga mengadakan acara sukan tahunan bagi tadika angkat persatuan iaitu Tabika Kemas Kg Kuala Kechau, Kuala Lipis kerjasama dengan guru dna penduduk kampung. Acara sukan tahunan yang dilaksanakan ialah isi air dalam botol, lari bawa bola bergilir-gilir, junjung pundi kacang, bawa bola ping pong dalam sudu dan rebut kerusi.

Seterusnya ialah acara sukan keluarga anjuran Tabika Kemas iaitu tiup tepung, makan buah, cari barang, lari dalam kain dan lari ikat kaki.

Untuk acara sukaneka kanak-kanak & sukan rakyat ialah tiup belon dan pecahkan, gula-gula dalam tepung, hantaran belon air, bola sepak dan basikal paling lambat.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Gambar sekitar program :)


















4 comments:

Unknown said...

hehehe good2 jewwwww

nurwhiteira.blogspot.com said...

missin is done ,,,, welldone everyone

diLa dALiLaH said...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Selaku, Pengarah Program Kembara Ke Prasekolah, sy mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada YB Dato' Dr Shahrum Othman kerana sudi hadir sbg perasmi, Tuan HJ Misnan, Pegawai PPD Lipis, Tok Empat dan Penduduk2 Kg Kuala Kechau, Prof Madya Dr Mariani Md Nor, YDP dan MT PPAKKUM, serta Jawatankuasa Pelaksana yg terlalu byk membantu dlm menjayakan program ni. Syabas kepada semua, diharap program ini akn terus dilaksanakan pd sesi depan pula, Insya Allah. Terima kasih semua..

UM ECES said...

Tahniah semua !!! :P