26.11.12

Baktisiswa PPAKKUM 2012

Nama Projek : Program Mahasiswa bersama Masyarakat Desa 2012/2013
Tema             : "Sehati Bersama Masyarakat"
Tarikh            : 22-25 Nov 2012
Tempat          : Kampung Baru, Batu 16, 36300 Sungai Sumun, Perak Darul Ridzuan
Anjuran         : Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Univeristi Malaya (PPAKKUM) dengan kerjasama JKKK Kampung Baru Batu 16, Sungai Sumun, Perak


YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap ahli parlimen Bagan Datoh merasmikan Perasmian Penutup Program Mahasiswa bersama Masyarakat Desa 2012/2013 PPAKKUM di Kampung Baru Sungai Sumun.

Program Mahasiswa Bersama Masyarakat Desa ini merupakan salah satu daripada program tahunan PPAKKUM dan ia melibatkan semua mahasiswa daripada tahun pertama hingga tahun keempat yang merupakan ahli PPAKKUM juga. 

Selain itu, ia adalah satu program berbentuk integriti luar untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam memahami cara hidup masyarakat di luar terutamanya di luar bandar. Di samping itu ia dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan masyarakat setempat melalui kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan. Dari sudut yang positif, kita dapat melatih mahasiswa secara amali dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat tidak kira tua atau muda. Kerana daripada kesinambungan program sebegini mahasiswa akan dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan mereka sendiri mahupun bersama masyarakat setempat serta dapat melahirkan mahasiswa universiti yang mempunyai motivasi tinggi dan mampu berinteraksi dengan masyarakat khususnya.


Dengan ini kami dari pihak PPAKKUM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan sekalung tahniah buat pengarah program, Nurhasyikin dan anak buah yang berusaha menjayakan program ini. Begitu juga kepada mentor kesayangan Dr Mariani serta pegawai pengiring, alumni PAKK, MT & EXCO persatuan serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tidak lupa kepada jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana daripada pihak JKKK Kampung Baru yang memberikan kerjasama yang sangat mantap dari awal hingga akhir program. Kepada keluarga angkat yang menerima kami semua dengan hati terbuka dan ikhlas, segala jasa itu kami iringi dengan doa dan ingatan tulus mesra.

 

Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap ahli parlimen Bagan Datoh yang sudi merasmikan upacara penutupan Program Mahasiswa bersama Masyarakat Desa 2012/2013 di Kampung Baru Batu 16, Sungai Sumun. Terima kasih sekali lagi kerana turun padang untuk bersama kami mahasiswa dan masyarakat kampung. Semoga segala usaha yang baik itu dirahmati oleh Nya.


PAKK awesome ! Tak kenal maka tak cinta !




Boling Padang untuk sukaneka

YDP menyumbangkan lagu dengan Guru Besar SK Kampung Baru

Mural time !

Kami ahli PPAKKUM yg dinamik dan ceria !!! ^^

Ibu yang sentiasa ada dalam susah dan senang PAKK. 
Terima kasih Dr Mariani !


Pautan :-


PAKK Cemerlang, UM Gemilang !!!




1 comments:

Anonymous said...

terbaik semua.. ^_^