19.11.12

Program Dekorasi Tabika Kemas Daerah Gua Musang 2012/2013


Salam 1 Malaysia.

Apa khabar semua warga PAKK dan juga Universiti Malaya di luar sana ? Tak lupa juga kepada semua pembaca setia blog ini. PAda waktu-waktu begini, kebiasaannya para pelajar akan sibuk dengan tarikh penghantaran tugasan di smaping giliran untuk pembentangan. PErcaya atau tidak, walaupun dalam kesibukan sebegini, kami warga PAKK berjaya memahat satu lagi memori di Kuala Betis, Gua Musang. Cayalah PAKK !!! ^^



Mesti ramai tertanya-tanya apa pula program yang dijalankan oleh kami kan kan kan ? Memandangkan PPAKKUM adalah salah satu daripada persatuan yang paling aktif di UM. Okay pada kali ini sebahagian daripada ahli PPAKKUM telah berjaya 'menawan' Kuala Betis di Gua Musang untuk projek "PROGRAM DEKORASI TABIKA KEMAS DAERAH GUA MUSANG SESI 2012/2013 bertema kan "Pendidik Berwawasan Pencetus Transformasi Pendidikan". 

Program ini adalah anjuran sepenuhnya daripaada Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya atau lebih dikenali dengan PPAKKUM bersama dengan bantuan daripada Pejabat KEMAS Daerah Gua Musang dan JKKK RPS Kuala Betis. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 16-18 November 2012.

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang berbentuk integriti luar yang berkonsep dan bermatlamatkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dengan kakitangan KEMAS Daerah Gua Musang bersama masyarakat RPS Kuala Betis. Selain itu ia bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan kemahiran insaniah mahasiswa dengan aktiviti yang berfaedah dan memberi banyak manfaat kepada semua pihak terutamanya masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung. di smaping itu, program ini dapat mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat KEMAS khususnya dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan bidang pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan pihak KEMAS sendiri yang merupakan sebuah jabatan yang turut memperjuangkan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak di Malaysia.

Percaya atau tidak  melalui program seperti ini juga dapat membina ukhwah mahasiswa dengan masyarakat setempat,luar daripada dunia kampus serta memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman daripaa program ini. Program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa tiada perbezaan di antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat Malaysia yang lain. Kesimpulannya diharapkan agar program ini dapat menyemai nilai-nilai insaniah dan memori terindah buat semua pelajar PAKK yang terlibat.

Jutaan TAHNIAH buat pengarah saudara Mohd Azwan  A. Rahman dan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan program ini, bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga untuk memberikan yang terbaik.
Sekalung penghargaan juga buat Mentor persatuan iaitu Prof. Madya Dr Mariani yang berusaha membawa kami ke sini serta dengan jasa baik daripada pengiring & super seniors yang turut serta memberi sokongan. Tidak lupa kepada MT & EXCO yang banyak membantu.

Photos of the day ^^

Awal pagi 16 Nov sebelum bertolak. 

Tiba di Gua Musang bagi solat Zohor perempuan dan Jumaat bagi lelaki.

Alhamdulillah tiba di Kuala BEtis dengan selamat :)

Pengarah program, saudara Azwan bersama Penghulu Damak 
dan mentor tersayang, Prof Madya Dr Mariani

\
Salah satu keluarga angkat daripada masyarakat Orang Asli 
dan pelajar PAKK :)

Aktiviti senam pagi pada 17 Nov

Banner program. PAKK hebat !!! ^^

Dekorasi bermula !!!





Kanak-kanak Orang Asli yang turut serta memberi sokongan pada kami :)
Comel kan ? :)


Terima Kasih Dr Mariani. Sayang mentor kami ! (",)


Cantikkan ? Sebab PAKK mempunyai ramai pelajar yang kreatif dan aktif !

Sukaneka bersama kanak-kanak di Kuala Betis :)


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung :)




PAKK Cemerlang, UM Gemilang !

1 comments:

Anonymous said...

prjlnn yg dahsyt tp enjoy,dpt tgk msyrkt luar :) thniah semua!