7.10.12

Program Interaksi PPAKKUM 2012/2013

Bertemakan "Pendidik Berkualiti, Pencetus Generasi Intelek" pada kali ini, program interaksi telah diadakan pada 21-23 September 2012 di Kela Adventure Camp, Kg Cheduk Kela, Raub, Pahang. Program interaksi ini adalah projek tahun 2 dan diterajui oleh Mohd Farham. Setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan, pelajar PPAKKUM tahun 2 berjaya membawa pelajar senior dan junior bersama-sama bagi menjayakan program ini. 

Bagi pengetahuan pembaca blog yang dikasihi, program interaksi ini merupakan satu program berbentuk integriti luar yang berkonsep dan bermatlamat interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. 

Objektif program ini adalah :
  1. Ahli-ahli persatuan saling mengenali antara satu sama lain.
  2. Menggalakkan aktiviti secara berpasukan dan menggalakkan sikap toleransi sesama ahli persatuan.
  3. Memberi maklumat dan pengalaman perkhemahan yang bertunjangkan kerjasama kepada ahli persatuan.
  4. Membina kekuatan fizikal dan mental di kalangan ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

21 September 2012
Tiba di Kela Adventure Camp

Berkumpul untuk lagu tema

Taklimat pemasangan khemah

Cheers Kela Camp

LDK 

Denda bagi LDK  : Weeeeeeeeeeeeeeeeeeee ~

Cheers setiap kumpulan

Solo night walk

Refleksi untuk solo night walk daripada Dr Mariani

22 September 2012

Aktiviti OBH (operasi burung hantu) pada jam 3 pagi

Water confident

Rakit

Rakit bersama Dr Mariani :)

Ikhtiar hidup. Peserta diberikan bahan masakan.

Malam kebudayaan

23 September 2012

Selepas senaman pagi, bersedia untuk aktiviti jungle trekking

Permulaan jungle trekking

Taklimat sebelum masuk ke hutan untuk jungle trekking

Sesi penyampaian hadiah dan saguhati

Tahniah kepada semua peserta dan sekalung terima kasih kepada fasilitator daripada Kela Camp :)

Bertolak pulang ke UM. Jumpa lagi!!! :)


Terima kasih kepada Prof Madya Dr Mariani bersama-sama kami sepanjang program dijalankan; begitu juga kepada pengiring setia En Fadzil serta super seniors (Zulkaisi, Azie, Azwan & Shima).

PAKK cemerlang, UM gemilang !


1 comments:

Anonymous said...

semoga kalian semua terbuka minda selepas berorientasi....checkedout!!!! ;P