26.7.14

Program Malam Gemerlapan PPAKKUM | Disneyland Theme~

Bertarikh pada 20 Mei 2014, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menganjurkan satu program iaitu Malam Gemerlapan PPAKKUM Sesi 2013/2014. 




Bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, program di bawah pimpinan saudari Nor Mas'Ain Binti Che Rahim ini berobjektif untuk merapatkan silaturrahim antara ahli persatuan dan pihak-pihak terlibat. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik serta kokurikulum. 


Bertemakan "Disneyland Theme", pada pukul 8.00 malam, ketibaan perasmi dan VIP diumumkan. 


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Universiti Malaya, bacaan doa serta ucapan dari Pengarah Program, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014, Mentor Persatuan serta Perasmi Majlis. 


Encik Jamaludin Yacob, selaku perasmi bagi Malam Gemerlapan PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Gimik perasmian yang sungguh menarik hati penonton. 

Slot kegemaran semua ahli persatuan ^^

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, ahli persatuan dihidangkan dengan persembahan bagi pelajar setiap tahun serta persembahan dari ahli silap mata yang dijemput khas pada malam tersebut. 

King And Queen Of The Night. Tahniah yang menang ^^

Pada pukul 11.00 malam, majlis bersurai. Tahniah diucapkan kepada pengarah program serta ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan program ini. Namun, tidak dilupakan jasa Mentor kesayangan, pegawai pengiring, barisan MT Persatuan, Alumni serta semua peserta program. Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan. 

0 comments: