26.7.14

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014

Pada 26 Mei 2014, barisan MT dan Ahli Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi di Studio TV, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 
Mentor Persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor sedang memberikan ucapan beliau. 


Antara agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah:
  • Pembentangan minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Pembentangan laporan kewangan tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Tayangan slaid aktiviti PPAKKUM Sesi 2013/2014
  • Pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014 dan pelantikan Ahli Majlis tertinggi PPAKKUM Sesi 2014/2015
  • Penyerahan fail dan dokumen persatuan

Saudara Azwan Ab Rahman, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014 ketika mengumumkan pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014.


MT PPAKKUM Sesi 2014/2015 mengambil gambar kenangan bersama mantan MT PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi PPAKKUM Sesi 2014/2015. Semoga kegemilangan PPAKKUM dapat diteruskan dengan penganjuran lebih banyak aktiviti dan projek berkualiti akan dijalankan. 

PAKK Cemerlang, UM Gemilang~

0 comments: