29.4.13

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM 2012/2013

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM atau AGM (Annual Grand Meeting) telah diadakan pada 29 April 2013 bertujuan untuk pembubaran Maljis Tertinggi dan EXCO persatuan bagi sesi 2012/2013 dan seterusnya perlantikan baru Majlis Tertinggi bagi sesi 2013/2014. Agenda mesyuarat bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kesayangan iaitu Prof Madya Dr Mariani Md Nor bersama pegawai pengiring yang hadir memberi sokongan. Segala jasa mereka bukan sahaja sepanjang sesi ini malah setiap masa bersama PPAKKUM amat dihargai.Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mentor dan pegawai pengiring.
Agenda mesyuarat bermula dengan ucapan daripada mentor & Yang Dipertua, pembentangan AGM
sesi lepas iaitu sesi 2011/2012 sebelum pembubaran MT pada sesi ini dan seterusnya sesi penamaan dan undian bagi calon MT sesi depan. Selepas selesai perlantikan , pengacara majlis menjemput MT sesi 2013/2014 untuk hadir di atas pentas bagi memberi penghargaan dan penyerahan fail kepada setiausaha dan bendahari. serta menjemput YDP untuk memberi sepatah dua kata :)

Tahniah kepada barisan MT sesi 2013/2014 yang akan datang :
  • Azwan A. Rahman (YDP) 
  • Zahirah Shukri (Timb. YDP) 
  • Farisya Razali (SU)
  • Hanom Mazlan (Timb. SU)
  • Sukri Md Yunus (Bendahari)
  • Hafizam Maliki (Timb. Bendahari).


Sebelum mesyuarat berakhir, sedikit kejutan nyanyian dan kek harijadi buat mentor dan rakan-rakan yang ulangtahun kelahiran jatuh pada bulan April. Selamat hari lahir !!! ^^

********************************************************************
Sesi pembubaran MT sesi 2012/2013




Sesi perlantikan (penamaan & undian calon) MT baru untuk sesi 2013/2014







MT baru untuk sesi 2013/2014



Kejutan hari lahir :)







PAKK Gemilang,
UM cemerlang.




0 comments: