15.6.17

Majlis Berbuka Puasa 2016/2017


Pada 12 Jun 2017 telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa sesi 2016/2017 di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Majlis ini bertema Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Majlis ini adalah diketuai oleh saudari Nur Syariza Ahmad.

Majlis Berbuka Puasa Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan program julung kali diadakan oleh Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya untuk menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh barakah. Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli persatuan untuk meraih ganjaran dan keberkatan dengan mengerjakan amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Majlis Berbuka Puasa ini juga telah memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mahasiswa tahun satu hingga tahun empat. Majlis ini telah menjemput penceramah yang berpengalaman dan kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Baitul Izzah untuk sama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh barakah.

















0 comments: