14.3.17

Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM

Pada 11 hingga 12 Mac yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun, Selangor. Program ini adalah dipimpin oleh saudari Syakirah Binti Ruslan.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membentuk barisan kepimpinan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya yang berkualiti dan proaktif. Matlamatnya ialah menjadikan tonggak utama kepimpinan PPAKKUM mampu mengendalikan persatuan dengan lebih efisien dan berketerampilan serta dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dan saling berkerjasama di antara barisan kepimpinan yang telah dilantik bagi sesi 2016/2017.

Melalui program ini, barisan kepimpinan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dan secara langsung dapat menimba ilmu yang bermanfaat kepada semua yang terlibat. Di samping itu, menerusi program ini, pengalaman yang ditimba dapat menjadi bekalan ilmu yang dapat digunakan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Pebagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Berikut merupakan tentatif untuk Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun.

Hari Pertama: 11 Mac 2017 (Sabtu)

6.45 a.m    : Berkumpul di UM Sentral
7.00 a.m    : Bertolak ke Nur Lembah Pangsun
7.45 a.m    : Dijangka tiba di Nur Lembah Pangsun
8.00 a.m    : Majlis Perasmian Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
8.45 a.m    : Ice Breaking
9.30 a.m    : Minum pagi
10.00 p.m  : Explorace
12.00 p.m  : LDK 1
1.30 p.m    : Makan tengah hari dan solat zohor
2.15 p.m    : Kayaking
4.00 p.m    : Sukaneka @ LDK 2
5.00 p.m    : Solat Asar dan minum petang 
5.40 p.m    : LDK 3
6.30 p.m    : Makan malam, persiapan diri dan solat maghrib
7.45 p.m    : LDK 4
8.45 p.m    : Solat isyak
9.15 p.m    : Night walk
12.00 a.m  : Minum malam (supper)
12.30 a.m  : Rehat dan tidur

Hari Kedua: 12 Mac 2017 (Ahad)

5.30 a.m   : Persiapan diri dan solat subuh 
6.30 a.m   : Senaman pagi
7.15 a.m   : Sarapan 
7.45 a.m   : Jungle Trekking
11.30 p.m : LDK 5
1.30 p.m   : Makan tengah hari dan solat zohor
2.30 p.m   : Persiapan majlis penutup
2.45 p.m   : Majlis Penutup Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
4.00 p.m   : Bertolak ke Universiti Malaya


 Sesi Taklimat

 Majlis Perasmian Pembukaan

Majlis Perasmian Pembukaan

Explorace

Explorace

Explorace

Sukaneka
 Sukaneka

 Aktiviti membuat kayak

 Aktiviti Berkayak

Jungle Trekking

0 comments: