3.12.15

Sambutan Konvokesyen 2015

Sudah menjadi tradisi tatkala majlis konvokesyen berlangsung, para senior daripada PPAKKUM dirai dengan meriah dengan cheers oleh adik-adik daripada Tahun 1. Pada tahun ini, para senior PAKK telah bergraduasi pada sesi pagi 10 Oktober 2015. Pelajar Tahun 1 telah mencipta beberapa cheers yang sangat hebat dan mantap dengan tujuan menaikkan semangat senior dan seterusnya memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Kegigihan pelajar Tahun 1 sangat dikagumi kerana mereka tetap bersemangat melakukan cheers walaupun dalam keadaan jerebu. #Keepitup #Dontgiveup ! Akhir kalam, tahniah diucapkankan kepada semua yang terlibat semasa majlis tersebut terutama pada senior yang telah berjaya menerima segulung ijazah setelah menjalani pembelajaran selama 4 tahun di UM.

Cheers daripada pelajar Tahun 1 yang diketuai oleh Aiman
Sempat bergambar walaupun jerebu >,<







#PAKK_HEBAT !



0 comments: