23.2.15

Dekorasi 2014/2015

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Pada 19 hingga 21 Disember 2014 yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menjalankan Program Dekorasi Tabika Kemas Sesi 2014/2015 di Tabika KEMAS Kampung Parit Simpang, Ledang Johor. 


Bertemakan "Mahasiswa Berbudi, Masyarakat Disanjungi", program ini mempunyai objektif untuk mempertingkatkan peranan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam membina generasi muda yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Saudari Nur Ezzah Ahsain selaku pengarah program bagi Program Dekorasi Tabika Kemas sesi 2014/2015 pada kali ini.

Sewaktu Majlis Penyerahan Anak Angkat.



Pada 20 Disember 2014 (Sabtu), para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi menghias Tabika KEMAS Kg Parit Simpang.

Sungguh bersemangat para peserta membuat tugasan masing-masing. PAKK UM memang awesome ^^

Dinding Tabika KEMAS Kg Parit Simpang bertukar ceria dengan mural yang dibuat oleh ahli PPAKKUM. 

Pada 21 Disember 2014 (Ahad), pada pukul 10.30 pagi, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup Program yang telah dirasmikan oleh Encik Asrap Mokhtar selaku Setiausaha UMNO Parlimen Pagoh merangkap Penyelia Kanan Tabika Parlimen Pagoh.

Encik Asrap Mokhtar sewaktu memberikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Program Dekorasi Tabika KEMAS Sesi 2014/2015.

 Sewaktu majlis penyerahan semula anak angkat.
 Para peserta bersalam-salaman dengan penduduk Kampung Parit Tunggul. Terima kasih penduduk kampung sudi terima kehadiran kami.

Pada pukul 1.00, semua peserta membuat persiapan untuk bertolak pulang ke UM. Tahniah diucapkan kepada pengarah program serta ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan program ini. Namun, tidak dilupakan jasa Mentor kesayangan, pegawai pengiring, barisan MT Persatuan, Alumni serta semua peserta program. Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan. 

#PAKKawesome

0 comments: