11.10.11

Majlis Sambutan Hari Raya PPAKKUM

Setiap tahun Majlis Sambutan Hari Raya adalah satu program tahunan yang diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara sesama ahli persatuan dan hubungan antara staf fakulti. Majlis sambutan hari raya merupakan majlis tahunan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya. Majlis ini telah diadakan pada 21 September 2011 bertempat di Kawasan Tempat Letak kereta Blok D. Majlis tersebut berlangsung dari pukul 6.30 hingga 10.30 malam.

Kami sangat bertuah apabila majlis tersebut dirasmikan olehTimbalan Dekan Ijazah Dasar dan Antarabangsa iaitu Dr. Zawawi bin Ibrahim. Ia juga turut diserikan dengan kehadiran mentor persatuan sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Mariani bt Md Nor, pegawai-pegawai pengiring dan juga ahli persatuan PPAKKUM yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Pencarian Raja dan Ratu yang tercantik pada malam tersebut. Pertandingan yang menarik seperti meneka kuih raya dengan mata yang tertutup dan menyanyi lagu raya. Majlis turut diserikan dengan aktiviti karoke yang mana ahli persatuan sendiri bertindak menyumbangkan suara mereka.

Menu khas yang disediakan ialah laksa dan bihun goreng. Makanan lain yang turut kami sajikan ialah nasi impit dan kuah kacang, kuih karipap, kuih raya dan kerepek-kerepek, buah-buahan, agar-agar dan banyak lagi. Walaupun makanan banyak berlebihan namum pihak AJK Makanan berjaya membungkuskan makanan tersebut dan memberikan kepada ahli persatuan yang lain untuk di bawa balik ke rumah.

Majlis pada malam tersebut berjaya dengan jayanya hasil usaha daripada semua pihak yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan daripada pihak jawatankuasa majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya bagi sesi 2011/2012.














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...