16.4.18

Malam Penghargaan PPAKKUM 2017/2018


Pada 13 April 2018 telah berlangsungnya Malam Penghargaan PPAKKUM sesi 2017/2018. Malam Penghargaan PPAKKUM yang bertema "Arabica Magical Night" telah diadakan di Arina Skyview, Kuala Lumpur.

 Malam Penghargaan PPAKKUM sesi 2017/2018 adalah diketuai oleh saudari Nabilah dari pelajar tahun 2 dan dipantau oleh saudari Katherine Hau. Malam Penghargaan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada ahli persatuan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum untuk menaikkan nama persatuan. Program ini merupakan program tahunan yang akan dijalankan untuk meraikan ahli persatuan terutamanya untuk bersama-sama meraikan ahli-ahli yang bakal bergraduasi. 

Ketibaan VIP.
Saudari Nabilah sedang memberikan ucapan.

Dr. Mariani sedang memberikan ucapan.
Dr Mariani Merasmikan Malam Penghargaan PPAKKUM 2017/2018.


Pelajar PHD PAKK UM.

Para Pengarah Program PPAKKUM sesi 2017/2018.

Para pelajar PAKK UM tahun 4.
Pelajar Tahun 4.


Para model Malam Penghargaan PPAKKUM dari wakil setiap tahun pelajar PAKK.

Persembahan boria dari Pelajar tahun 1.
Persembahan dari Pelajar PAKK tahun 2.
Persembahan dari Pelajar tahun 3.
Persembahan dari pelajar tahun 4.
Persembahan jemputan luar.
Kejutan Sambutan hari jadi awal Mentor PPAKKUM, Dr Mariani yang disediakan oleh pelajar Tahun 4
King and Queen MalamAnugerah PPAKKUM 2017/2018.

Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik pelajar Tahun.


Sesi bergambar para VIP bersama pelajar tahun 4.









2.3.18

Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) PPAKKUM 2017/2018

Sesi Bergambar semua VIP dan peserta Program SEDAYA.

          Pada 26 Februari 2018 (Isnin) telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) sesi 2017/2018 di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini adalah dibawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Program ini adalah diketuai oleh saudari Amna dengan tema Program 'Throwback'. Program ini telah dijalankan beberapa kali pada sesi sebelum ini. 

        Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan bakat yang sedia ada. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum, menyatupadukan pelajar dari fakulti yang lain. Program ini juga diadakan untuk menggalakkan penglibatan pelajar PAKK untuk aktif  dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Pada kali ini, program ini juga dapat menjemput pihak luar fakulti untuk membuat persembahan. Persembahan yang dipersembahkan sangat menarik. 

      
Persembahan yang dilakukan oleh pelajar PAKK tahun 3.

Persembahan dari pelajar PAKK tahun 4.


Persembahan dari Pelajar PAKK.




Penyampaian cenderamata kepada Dr. Loh.

Persembahan dari Pelajar PAKK Tahun 2.

Persembahan dari Pelajar PAKK Tahun 1.

Persembahan menarik yang dilakukan oleh kumpulan dari KK9.



19.2.18

PROGRAM AKAN DATANG

[# THROWBACK]


SEDAYA anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKKUM) kembali lagi !! Kali ini kami persembahkan dengan konsep yang berbeza dan sangat menarik menanti anda !!

Adik-adikk, abang-abangg, kakak-kakakkk !! semua..tunggu apa lagi ? Ayuh beramai-ramai untuk memeriahkan malam yang penuh gilang-gemilang🎊
RENTAK SENI BUDAYA (SEDAYA)
yg akan berlangsung tak lama lagi 😍😚 Ingin mengetahui rahsia disebalik "#" dan "Throwback" ??

Tarikh: 26 Februari 2018
Masa: 8.00 - 11 p.m
Tempat: Auditorium Fakulti Pendidikan

Tiket masuk hanya RM 3 sahaja dan anda akan mendapat goodies bag beserta makanan percuma !!

Untuk menempah tiket atau sebarang pertanyaan berkenaan :
whatsapp : 019-4063327 (Hafiz)

#PPAKKUM1718
#ECES
#SEDAYA'18
#THROWBACK

16.2.18

FESTIVAL KEUSAHAWANAN, INTELEK, DINAMIK, DAN INOVASI (FESKIDI) PPAKKUM 2017



Pada 23 hingga 24 November yang lalu, telah berlangsungnya FESTIVAL KEUSAHAWANAN, INTELEK, DINAMIK, DAN INOVASI (FESKIDI) yang di adakan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini merupakan satu program yang telah dijalankan kali kedua oleh mahasiswa Tahun Pertama hingga Tahun Keempat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya. Program ini dahulu dinamakan sebagai KEREASI dan sekarang telah diberi nama baru iaitu FESKIDI.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menambahkan pengalaman berniaga dan memberi peluang untuk menguruskan program yang besar. Selain itu, program ini juga melatih nilai-nilai yang diterapkan dalam amalan berniaga pada diri mahasiswa di samping dapat mengasah bakat berniaga. Peserta dapat mempertingkatkan lagi nilai kendiri dalam menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program. Selain itu, mahasiswa/i juga dapat berpeluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Tadika. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa program ini untuk kanak-kanak dari Tadika. 








19.11.17

Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) Sesi 2016/2017 & 2017/2018






Pada 10 -12 November 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) sesi 2016/2017 & 2017/2018 di Kampung Gerachi Jaya, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program ini merupakan salah satu program di bawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya dan ia merupakan kali kedua program ini diadakan. Program ini merupakan gabungan dua program iaitu Program Dekorasi Tabika Kemas danProgram Operasi Kihdmat Masyarakat (OPKIM) yang dijalankan berasingan pada sesi sebelum ini. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk semangat sukarelawan antara masyarakat desa dengan mahasiswa terutama dalam membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Selain itu, pogram ini juga dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam memahami cara hidup bermasyarakat dalam komuniti yang berbeza budaya serta menghubungkan dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa universiti bersama kelompok masyarakat. Program ini dapat memperkenalkan mahasiswa tentang pengurusan kelas yang strategik semasa aktiviti dekorasi. Melalui program ini, mahasiswa dapat melatih diri untuk menyemai sikap berbakti kepada masyarakat. 


Pengarah sedang memberi ucapan.

Vip Majlis Pembukaan DEKIM. 
Yang Berhormat Encik Mohd Noh Abas, Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kuala Kubu Bharu, Selangor mewakili Yang Berhormat Dato’ P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 untuk merasmikan Program DEKIM.
Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Kanak-kanak di Kampung Gerachi Jaya.


Hasil mural dinding dilakukan oleh pelajar PPAKKUM di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Hasil Mural dinding.

Dekorasi dalam kelas Tabika Kemas.

Hasil dekorasi di Tabika Kemas.

AJK DEKIM sedang mengedarkan air mineral Jantzen kepada para penduduk Kampung Gerachi Jaya.



Aktiviti LDK.
Ribuan terima kasih kepada Jant Services Sdn Bhd atas sokongan dan tajaan air mineral kepada program DEKIM.