19.11.17

Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) Sesi 2016/2017 & 2017/2018






Pada 10 -12 November 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) sesi 2016/2017 & 2017/2018 di Kampung Gerachi Jaya, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program ini merupakan salah satu program di bawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya dan ia merupakan kali kedua program ini diadakan. Program ini merupakan gabungan dua program iaitu Program Dekorasi Tabika Kemas danProgram Operasi Kihdmat Masyarakat (OPKIM) yang dijalankan berasingan pada sesi sebelum ini. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk semangat sukarelawan antara masyarakat desa dengan mahasiswa terutama dalam membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Selain itu, pogram ini juga dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam memahami cara hidup bermasyarakat dalam komuniti yang berbeza budaya serta menghubungkan dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa universiti bersama kelompok masyarakat. Program ini dapat memperkenalkan mahasiswa tentang pengurusan kelas yang strategik semasa aktiviti dekorasi. Melalui program ini, mahasiswa dapat melatih diri untuk menyemai sikap berbakti kepada masyarakat. 


Pengarah sedang memberi ucapan.

Vip Majlis Pembukaan DEKIM. 
Yang Berhormat Encik Mohd Noh Abas, Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kuala Kubu Bharu, Selangor mewakili Yang Berhormat Dato’ P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 untuk merasmikan Program DEKIM.
Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Kanak-kanak di Kampung Gerachi Jaya.


Hasil mural dinding dilakukan oleh pelajar PPAKKUM di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Hasil Mural dinding.

Dekorasi dalam kelas Tabika Kemas.

Hasil dekorasi di Tabika Kemas.

AJK DEKIM sedang mengedarkan air mineral Jantzen kepada para penduduk Kampung Gerachi Jaya.



Aktiviti LDK.
Ribuan terima kasih kepada Jant Services Sdn Bhd atas sokongan dan tajaan air mineral kepada program DEKIM.


Related Posts:

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan UM Pada 10 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Bermula jam 10.00 pagi pelajar daripada j… Read More
  • PERJUMPAAN SENIOR-JUNIOR PAKK SESI 2013/2014 Pada 9 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor. Tepat jam 9.00 pagi, ma… Read More
  • Program Interaksi PPAKKUM 2013/2014 Bertemakan "Pendidik Berkualiti, Generasi Berinovasi" pada program kali ini, program interaksi telah diadakan pada 13-15 September 2013 di Kela Adventure Camp, Kg Cheduk Kela, Raub, Pahang. Program interaksi ini merupakan pr… Read More
  • Rentak Seni Budaya (SEDAYA) 2013 Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Majlis Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, majlis yang dikendalikan oleh pelajar tahun dua ini bertujuan untuk mencungkil ba… Read More
  • Sambutan Konvokesyen PPAKKUM Saban tahun, hari konvokesyen para senior akan diraikan dengan meriah sekali oleh semua ahli PPAKKUM. Pada tahun ini, senior PAKK telah bergraduasi pada 2 Oktober 2013 (Rabu) pada sesi petang. Seperti menjadi adat turun-temu… Read More

0 comments: