2.3.18

Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) PPAKKUM 2017/2018

Sesi Bergambar semua VIP dan peserta Program SEDAYA.

          Pada 26 Februari 2018 (Isnin) telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) sesi 2017/2018 di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini adalah dibawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Program ini adalah diketuai oleh saudari Amna dengan tema Program 'Throwback'. Program ini telah dijalankan beberapa kali pada sesi sebelum ini. 

        Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan bakat yang sedia ada. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum, menyatupadukan pelajar dari fakulti yang lain. Program ini juga diadakan untuk menggalakkan penglibatan pelajar PAKK untuk aktif  dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Pada kali ini, program ini juga dapat menjemput pihak luar fakulti untuk membuat persembahan. Persembahan yang dipersembahkan sangat menarik. 

      
Persembahan yang dilakukan oleh pelajar PAKK tahun 3.

Persembahan dari pelajar PAKK tahun 4.


Persembahan dari Pelajar PAKK.




Penyampaian cenderamata kepada Dr. Loh.

Persembahan dari Pelajar PAKK Tahun 2.

Persembahan dari Pelajar PAKK Tahun 1.

Persembahan menarik yang dilakukan oleh kumpulan dari KK9.



0 comments: