13.11.18

KIDS FUN ZONE 2018


Pada 20-23 Oktober yang lalu bersempena dengan Festival Konvokesyen Universiti Malaya(FESKUM '18), Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengadakan Kids Fun Zone yang bertempat di foyer Auditorium Kompleks Perdana Siswa. Program ini diuruskan oleh pelajar tahun 1 yang diketuai oleh Eliza Natasha Binti Azli.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar pendidikan awal kanak-kanak untuk berkomunikasi dan berhubung dengan kanak-kanak melalui aktiviti yang direka oleh pelajar sendiri. Selain itu, program ini memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali antara satu sama lain, bekerjasama dan bertolak ansur sesama ahli persatuan. Di samping itu juga, keterlibatan program ini sedikit sebanyak dapat mengumpul dana persatuan yang akan digunakan pada program yang akan datang.

Antara aktiviti yang berlangsung di Kids Fun Zone adalah :-
  1. Sand and Art 
  2. Fishing 
  3. Twister board 
  4. Art on Canvas
  5. Sing and Dance 
  6. Nursery 
Terima kasih diucapkan kepada pihak FESKUM dan Universiti Malaya kerana telah memberi ruang kepada PPAKKUM untuk mengadakan program bersempena dengan majlis graduasi ini. Diharapkan agar penganjuran program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

 Aktiviti Sand and Art

  Aktiviti Twister Board

  Aktiviti Fishing

 Aktiviti Art on Canvas 

Mentor PPAKKUM, Professor Datin Dr.Mariani Md. Nor turut hadir di tapak Kids Fun Zone sebagai tanda sokongan kepada program PPAKKUM

Related Posts:

  • Solat Hajat Dan Bacaan Yassin PPAKKUM Pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah mengadakan Solat Hajat serta Bacaan Yassin sempena musim peperiksaan yang bakal tiba.  Pada pukul … Read More
  • Rentak Seni Budaya (SEDAYA) 2013 Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Majlis Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, majlis yang dikendalikan oleh pelajar tahun dua ini bertujuan untuk mencungkil ba… Read More
  • Kembara Prasekolah Sesi 2013/2014  Assalammualaikum :) Pada 19-22 Januari 2014 yang lepas Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah menganjurkan program yang diberi nama "Kembara Ke Prasekolah". Program yang bermottokan "Pemacu … Read More
  • Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya Pada 26 Oktober 2013 yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAKKUM) sekali lagi menganjurkan Program Seminar Dan Motivasi Kerjaya PPAKKUM 2013/2014. Objektif program tersebut ialah supaya dapat mendedahkan kepada… Read More
  • Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan UM Pada 10 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Bermula jam 10.00 pagi pelajar daripada j… Read More

0 comments: