Pada 23 hingga 24 November yang lalu, telah berlangsungnya FESTIVAL KEUSAHAWANAN, INTELEK, DINAMIK, DAN INOVASI (FESKIDI) yang di adakan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini merupakan satu program yang telah dijalankan kali kedua oleh mahasiswa Tahun Pertama hingga Tahun Keempat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya. Program ini dahulu dinamakan sebagai KEREASI dan sekarang telah diberi nama baru iaitu FESKIDI.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menambahkan pengalaman berniaga dan memberi peluang untuk menguruskan program yang besar. Selain itu, program ini juga melatih nilai-nilai yang diterapkan dalam amalan berniaga pada diri mahasiswa di samping dapat mengasah bakat berniaga. Peserta dapat mempertingkatkan lagi nilai kendiri dalam menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program. Selain itu, mahasiswa/i juga dapat berpeluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Tadika. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa program ini untuk kanak-kanak dari Tadika.
0 comments:
Post a Comment