29.10.18

MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018


Pada 27 Oktober yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menyertai pertandingan MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018 yang diadakan di Management & Science University, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini telah disertai oleh ahli persatuan PPAKKUM seramai 20 orang yang terlibat dan diketuai oleh saudari Zaitun Ramli.

Program ini juga disertai oleh beberapa kumpulan lain yang juga merupakan pelajar-pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Program ini diadakan sempena sambutan hari kanak-kanak di Managment & Science University.

Sebanyak 5 kumpulan yang bertanding dalam pertandingan Aerodance ini dan kumpulan dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak University Malaya telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan buat ahli kumpulan yang bertungkus lumus berlatih tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Kami dari Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya berasa bangga dengan anda semua kerana berjaya mengharumkan nama baik PPAKKUM khususnya dan Universti Malaya secara amnya.

Akhir kata, tahniah dan semoga maju jaya semua =)

Para peserta bersiap sedia sebelum melakukan persembahan


Kenangan terindah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan 

Related Posts:

  • FESTIVAL KEUSAHAWANAN, INTELEK, DINAMIK, DAN INOVASI (FESKIDI) PPAKKUM 2017 Pada 23 hingga 24 November yang lalu, telah berlangsungnya FESTIVAL KEUSAHAWANAN, INTELEK, DINAMIK, DAN INOVASI (FESKIDI) yang di adakan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini merupakan satu program ya… Read More
  • KIDS FUN ZONE 2018 Pada 20-23 Oktober yang lalu bersempena dengan Festival Konvokesyen Universiti Malaya(FESKUM '18), Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengadakan Kids Fun Zone yang bertempat di foyer Auditorium Kompleks Perdana Si… Read More
  • MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018 Pada 27 Oktober yang lalu, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menyertai pertandingan MSU Intervarsity Aerodance Competition 2018 yang diadakan di Management & Science University, Sh… Read More
  • Kem Interaksi PPAKKUM Sesi 2018/2019 Pada 28 hingga 29 September yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program Interaksi Sesi 2018/2019 di Nur Laman Bestari yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Program yang… Read More
  • RENTAK SENI BUDAYA (SEDAYA) Pada 26 November 2018, telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) sesi 201/2019 di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini adalah dibawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak U… Read More

0 comments: