Showing posts with label MT/EXCO. Show all posts
Showing posts with label MT/EXCO. Show all posts

25.11.14

Deko-Deko Board PPAKKUM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pada 25 November 2014, barisan MT dan Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah bekerjasama untuk menghias board PPAKKUM yang terletak di hadapan Bilik Diagnostik Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. 


 Seawal 8 pagi lagi barisan MT & Exco telah berkumpul dan memulakan tugas untuk menghias board tersebut. 

 Caiyok! Caiyok! 


Perancangan dan pembahagian tugas dalam menghias board tersebut telah dilakukan seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Objektif deko-deko board ini dilakukan untuk menambahkan keceriaan pada board tersebut disamping memperkenalkan segalanya tentang PPAKKUM dan aktiviti yang telah dijalankan kepada orang ramai. 


#Team Board 1

#Team Board 2

Oleh kerana terdapat 2 buah board, barisan MT & Exco telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghias board tersebut. Apa yang penting?? KERJASAMA

Pada pukul 10.45 pagi, kerja menghias board pun selesai. InsyaAllah, board tersebut akan diupdate dari semasa ke semasa mengikut aktiviti PPAKKUM yang akan dijalankan (setakat ini sudah ada 5 projek yang berjaya dilaksanakan).

Hasilnya...

Tadaaa ! Board PPAKKUM kembali ceria ^^


Nanti bolehlah ahli persatuan datang menjenguk kot-kot ada gambar sendiri terpampang di board ^^

Terima kasih untuk semua yang terlibat. 


#PAKKawesome

23.10.14

Program Santai MT & EXCO Bersama Pelajar Tahun 1

Pada 27 September 2014, barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah menganjurkan program santai bersama pelajar tahun 1. Program yang diadakan di Kawasan Rekreasi Taman Jaya ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memperkenalkan barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 kepada pelajar tahun 1. 

Pelbagai aktiviti disediakan oleh barisan MT & Exco khas untuk pelajar tahun 1 dalam bentuk yang lebih santai. Pelajar tahun 1 telah diminta memakai baju berwarna merah manakala senior memakai baju persatuan PAKK. 

 Program santai bermula dengan sesi ice breaking dimana pelajar tahun 1 serta pelajar senior perlu memperkenalkan diri masing-masing. 

Ayuh sarapan dulu untuk tambah tenaga buat next aktiviti ya!

Aktiviti pertama dimana kesemua ahli kumpulan perlu melompat tali getah dalam masa 20 saat. Bilangan ahli yang paling ramai dikira sebagai pemenang. 

Aktiviti kedua : Merebut belon
Setiap ahli kumpulan perlu menjaga belon mereka daripada dirampas dan dipecahkan oleh ahli kumpulan lain. 

Program Interaksi Sesi 2014/2015 Di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort

Bertemakan "Mahasiswa Pencetus Kecemerlangan", program interaksi dibawah pimpinan Saudari Nur Liyana Mohd Zamil telah diadakan pada 19-21 September 2014. Program interaksi kali ini telah diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. 


Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Lokasi bagi program interaksi kali ini ^^

19 SEPTEMBER 2014, JUMAAT
  • Tepat pada pukul 4.00 petang, semua ahli persatuan PPAKKUM selamat tiba di Kem Nur Lembah Pangsun
  • Sebaik tiba, majlis perasmian pembukaan terus diadakan
  • Menjalankan aktiviti LDK yang dikendalikan oleh jurulatih di Kem Nur Lembah Pangsun (diketuai oleh Pak Long)
  • Menjalankan aktiviti night walk walaupun dalam keadaan hujan lebat (bertepatan dengan trademark mentor persatuan "Zon Sengsara")
 Sebaik tiba di kawasan perkhemahan. 

 Sewaktu majlis perasmian pembukaan bagi program interaksi. Banner program kali ini mendapat pujian mentor persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor. Tahniah Unit Tugas-Tugas Khas. 

16.9.14

Perjumpaan Senior-Junior PAKK Sesi 2014/2015

Pada 15 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Tepat jam 2.30 petang, majlis dimulakan bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk:
  • memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2014/2015
  • memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2014/2015
  • mengeratkan silaturrahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan

Mentor persatuan, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor ketika memberi ucapan. 

Mentor persatuan dalam ucapannya menegaskan tentang penglibatan aktif bagi semua ahli persatuan dimana ianya penting dalam pengisian merit setiap pelajar. Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor juga mengingatkan bahawa aktiviti wajib bagi pelajar tahun 1 yang akan dijalankan pada 19,20 & 21 September 2014. 

Ahli PPAKKUM yang hadir. Syabas semua ahli persatuan kerana perjumpaan kali ini mencatatkan kehadiran yang tertinggi. PAKK awesome ^^


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP Persatuan bagi sesi 2014/205, Saudara Muhammad Khalil Kader Mydin. Saudara Khalil memperkenalkan barisan MT dan Exco Persatuan bagi Sesi 2014/2015. Selain itu juga, beliau menerangkan takwim persatuan serta memperkenalkan pengarah bagi setiap program yang dijalankan. 

Saudara Khalil sedang menerangkan takwim persatuan sesi 2014/2015.


Bagi sesi ice-breaking, Mentor persatuan bersama super senior, pegawai pengiring dan barisan MT telah merancang satu aktiviti yang bertujuan supaya senior dan junior dapat beramah mesra. 



21.9.13

PERJUMPAAN SENIOR-JUNIOR PAKK SESI 2013/2014

Pada 9 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk:
  • memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2013/2014
  • memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2013/2014
  • mengeratkan silaturrahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YDP Persatuan, Saudara Mohd Azwan A Rahman dimana beliau mengharapkan junior dapat melibatkan diri pada setiap program yang dianjurkan serta menghormati senior dan terutamanya menghormati mentor persatuan yang telah banyak berjasa iaitu Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan daripada mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan tentang penglibatan aktif daripada pelajar tahun 1 terutamanya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Malahan, penglibatan dalam setiap program sangat membantu dalam membina "soft-skill" yang diperlukan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor ketika memberi ucapan.

Sesi pengenalan Majlis Eksekutif dan Pengerusi Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pengenalan projek-projek persatuan beserta pengarah program bagi setiap projek persatuan sesi 2013/2014.


29.4.13

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM 2012/2013

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM atau AGM (Annual Grand Meeting) telah diadakan pada 29 April 2013 bertujuan untuk pembubaran Maljis Tertinggi dan EXCO persatuan bagi sesi 2012/2013 dan seterusnya perlantikan baru Majlis Tertinggi bagi sesi 2013/2014. Agenda mesyuarat bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kesayangan iaitu Prof Madya Dr Mariani Md Nor bersama pegawai pengiring yang hadir memberi sokongan. Segala jasa mereka bukan sahaja sepanjang sesi ini malah setiap masa bersama PPAKKUM amat dihargai.Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mentor dan pegawai pengiring.
Agenda mesyuarat bermula dengan ucapan daripada mentor & Yang Dipertua, pembentangan AGM

25.3.13

Aku Ada Kamu ^^



Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,

Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.



Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

2.12.12

Program Santai MT & EXCO bersama Pelajar Tahun 1

"Aku Sayang Kamu, Kamu Sayang Aku."


Baru-baru ini MT & EXCO PPAKKUM telah merancang untuk melakukan aktiviti santai bersama ahli persatuan dan ianya dimulakan dengan pelajar tahun 1 terlebih dahulu. Oleh kerana sayang dan kasih akan semua ahli persatuan, MT & EXCO berusaha untuk merealisasikan aktiviti ini. Alhamdulillah akhirnya berjaya dilaksanakan pada 2 Disember 2012 bertempat di Taman Tasik Botani. Ahaaa nama pun aktiviti santai jadi lokasinya juga adalah santai. Hehehe. 

Untuk pengetahuan para pembaca, aktiviti santai ini merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak persatuan. Kenapa ? Ehem ehem ehem... Tujuan utama program ini adalah untuk membina ukhwah dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar junior khususnya serta MT & EXCO. Selain itu ia bertujuan untuk membina hubungan yang positif; hubungan dua hala dan memupuk sikap salaing mempercayai antara satu sama lain. Dengan ini pihak persatuan berharap agar melalui aktiviti sebegini dapat mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih erat. di samping mengenali pelajar junior dengan lebih dekat dan dengan penuh kasih sayang, pihak persatuan berharap agar ia dapat melahirkan budaya hormat menghormati di antara satu sama lain juga. 

Menerusi program sebegini, diharapkan pengalaman yang diperolehi oleh ahli persatuan dapat dijadikan panduan dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan pelajar junior dengan MT & EXCO PPAKKUM 2012/2013. Semoga semua yang menyertai program Santai MT & EXCO Bersama Pelajar Tahun 1 ini mampu menjadi pemimpin dan pendidik yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sekalung terima kasih kepada Prof Madya Dr Mariani iaitu ibunda kami. Semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan murah rezeki. Jasa beliau dalam mendidik kami semua sentiasa akan kami kenang. Tidak lupa kepada pegawai pengiring kami yang setia dan menjaga kami dalam susah senang serta super senior yang membantu dalam menjayakan setiap projek dan program ini. Sayang semua !


"Pendidik Kanak-kanak Unggul Berkualiti."
PAKK Cemerlang, UM Gemilang !

Jumpa Lagi ! (^_^)

******************************************


















Kami sayang PAKK ^^



"Saya harap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan."
"Semoga usaha senior-senior untuk eratkan hubungan kita semua akan berterusan."
"Seronok join aktiviti macam nih. Harap ada lagi."