19.11.17

Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) Sesi 2016/2017 & 2017/2018






Pada 10 -12 November 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) sesi 2016/2017 & 2017/2018 di Kampung Gerachi Jaya, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program ini merupakan salah satu program di bawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya dan ia merupakan kali kedua program ini diadakan. Program ini merupakan gabungan dua program iaitu Program Dekorasi Tabika Kemas danProgram Operasi Kihdmat Masyarakat (OPKIM) yang dijalankan berasingan pada sesi sebelum ini. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membentuk semangat sukarelawan antara masyarakat desa dengan mahasiswa terutama dalam membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Selain itu, pogram ini juga dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam memahami cara hidup bermasyarakat dalam komuniti yang berbeza budaya serta menghubungkan dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa universiti bersama kelompok masyarakat. Program ini dapat memperkenalkan mahasiswa tentang pengurusan kelas yang strategik semasa aktiviti dekorasi. Melalui program ini, mahasiswa dapat melatih diri untuk menyemai sikap berbakti kepada masyarakat. 


Pengarah sedang memberi ucapan.

Vip Majlis Pembukaan DEKIM. 
Yang Berhormat Encik Mohd Noh Abas, Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kuala Kubu Bharu, Selangor mewakili Yang Berhormat Dato’ P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 untuk merasmikan Program DEKIM.
Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Proses Dekorasi di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Kanak-kanak di Kampung Gerachi Jaya.


Hasil mural dinding dilakukan oleh pelajar PPAKKUM di Tabika Kemas Kampung Gerachi Jaya.

Hasil Mural dinding.

Dekorasi dalam kelas Tabika Kemas.

Hasil dekorasi di Tabika Kemas.

AJK DEKIM sedang mengedarkan air mineral Jantzen kepada para penduduk Kampung Gerachi Jaya.



Aktiviti LDK.
Ribuan terima kasih kepada Jant Services Sdn Bhd atas sokongan dan tajaan air mineral kepada program DEKIM.


30.10.17

28.10.17

Sambutan Konvokesyen 2016


Tahniah kepada Senior PAKK!

Aktiviti cheers merupakan satu tradisi yang telah dilakukan beberapa sesi yang lepas dalam Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya. Seperti tahun yang lepas, para senior daripada PPAKKUM dirai dengan meriah dengan cheers oleh adik-adik daripada Tahun 1. Pada tahun ini, para senior PAKK telah bergraduasi pada sesi petang 24 Oktober 2017. Pelajar Tahun 1 telah mencipta beberapa cheers yang sangat hebat dan mantap dengan tujuan menaikkan semangat senior dan seterusnya memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Kegigihan pelajar Tahun 1 sangat dikagumi kerana mereka tetap bersemangat melakukan cheers walaupun dalam keadaan hujan pada masa pagi. Pelajar tahun 1 masih gigih dan sentiasa berada sehingga ke waktu petang. Akhir kata, tahniah diucapkankan kepada semua yang terlibat semasa majlis tersebut terutama pada senior yang telah berjaya menerima segulung ijazah setelah menjalani pembelajaran selama 4 tahun dan juga 5 tahun di UM. Semoga semua sentiasa berada dalam keadaan baik pada masa depan.






17.10.17

PROGRAM AKAN DATANG!




" KECERGASAN MEMBAWA KECEMERLANGAN "

FESKIDI bakal menjelma lagiiiiiii ! 

Ayuhh bersama-sama mengenali keseronokkan dunia bermain kanak-kanak yang menyeronokkan serta memahami kanak-kanak autisme

Terdapat pelbagai AKTIVITI dan JUALAN yang pastinya amat meriah dan sangat menyeronokkan

Kemasukan adalah PERCUMA dan TERBUKA untuk semua pelajar UM serta masyarakat luar. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai festival yang amat menyeronokkan ini!

19.9.17

Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2017/2018

Pada 16 hingga 17 September yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program Interaksi Sesi 2017/2018 di Nur Lembah Pangsun, Selangor. Program sesi ini bertemakan "Mahasiswa Bersinergi Pemangkin Legasi" dan adalah dipimpin oleh saudara Muhammad Muhafiz Bin Hulaimi.


Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membolehkan ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya saling mengenali antara satu sama lain dan memberikan maklumat dan pengalaman perkhemahan berasaskan sikap bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan ahli persatuan. Di samping itu, program ini juga membina kekuatan mental dan fizikal ahli persatuan melalui aktiviti lasak yang telah dijalankan.

Pebagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Berikut merupakan tentatif untuk Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2017/2018:

Hari Pertama: 16 September 2017 (Sabtu)

6.00 a.m    : Berkumpul di UM Sentral
6.30 a.m    : Bertolak ke Nur Lembah Pangsun
7.30 a.m    : Dijangka tiba di Nur Lembah Pangsun
8.30 a.m    : Pendaftaran Peserta
9.00 a.m    : LDK 1/ Ice breaking
10.00 a.m  : Pembahagian dan pemasangan khemah
11.00 a.m  : Minum pagi
11.15 a.m  : LDK 2/ Water Obstacles
2.00 p.m    : Makan tengah hari dan solat berjemaah
2.30 p.m    : Sukaneka
4.30 p.m    : Minum petang & Solat Asar berjemaah
5.00 p.m    : Amazing Race
7.00 p.m    : Makan Malam dan Solat Maghrib berjemaah
8.00 p.m    : Majlis Perasmian
9.00 p.m    : Solat Isyak berjemaah
9.30 p.m    : Catchy Night
11.30 p.m  : LDK 3
12.30 a.m  : Minum malam 
12.45 a.m  : Pentadbiran Diri

Hari Kedua: 17 September 2017 (Ahad)

5.30 a.m   : Persiapan diri dan solat subuh 
7.00 a.m   : Senaman pagi
7.45 a.m   : Sarapan pagi
8.30 a.m   : LDK 4
9.30 a.m   : LDK 5 / Rafting
10.30 a.m : LDK 6 / Manage Yourself
11.45 a.m : Persiapan Majlis Penutupan
12.00 p.m : Majlis Perasmian Penutupan
1.00 p.m   : Makan tengah hari dan solat Fardhu Zohor
2.00 p.m   : Bersiap dan bertolak balik ke UM

Aktiviti rafting.

Aktiviti LDK 1/ Ice breaking.

Senaman pagi.

Majlis Perasmian Penutupan.

Peserta sedang memasang khemah.