21.5.16

Program Santai (Senior & Junior)



Pada 17 Mei lalu telah diadakan Program Santai yang disertai oleh ahli-ahli PPAKK yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 sehinggalah Tahun 4. Kali ini, Program Santai diadakan di dalam kawasan UM sahaja berdekatan Tasik Varsiti. Walaupun begitu, semua ahli yang hadir terhibur dengan adanya pelbagai aktiviti yang laksanakan. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan lagi ukhwah dan hubungan sedia ada antara pelajar Senior dan Junior. Dengan terlaksananya aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan rasa kasih antara satu sama lain selain melahirkan budaya hormat menghormati. 








13.5.16

Karnival Keusahawanan dan Rekreasi (KERIASI) 2016

Pada 21 hingga 23 April yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Keusahawanan dan Rekreasi (KERIASI) yang di adakan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini merupakan satu program baru yang dijalankan oleh mahasiswa Tahun Pertama hingga Tahun Keempat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menambahkan pengalaman berniaga dan memberi peluang untuk menguruskan program yang besar. Selain itu, program ini juga melatih nilai-nilai yang diterapkan dalam amalan berniaga pada diri mahasiswa di samping dapat mengasah bakat berniaga. Peserta dapat mempertingkatkan lagi nilai kendiri dalam menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program.

KERIASI juga memberi peluang kepada mahasiswa Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya  bekerjasama antara satu sama lain. Ini merupakan elemen-elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu program. Hal ini disebabkan sumbangan setiap pihak adalah kunci kejayaan dalam setiap perkara.


Perasmian karnival oleh Prof. Dr. Suhaiza Hanim 
Bergambar bersama wakil Perodua selaku penaja utama KERIASI

Antara pelbagai gerai jualan yang dibuka
      sepanjang karnival berlangsung






Aktiviti-aktiviti sepanjang karnival berlangsung

Senamrobik
"Music Chair"


Aktiviti bersama kanak-kanak daripada Tadika Universiti Malaya (TadikUM)



Larian Amal


22.4.16

Program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) Sesi 2015/2016

Pada 25-27 Mac yang lalu, telah berlangsungnya program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) di Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini merupakan gabungan dua program iaitu Program Dekorasi Tabika Kemas dan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang dilaksanaka secara berasingan pada sesi sebelum ini. Dengan bertemakan "Mahasiswa Kreatif Pemangkin Masyarakat Inovatif", program ini bertujuan membentuk semangat sukarelawan antara masyarakat desa dengan mahasiswa. 

       Selain itu, program ini memperkenalkan kepada mahasiswa tentang pengurusan kelas yang strategik dan membina mahasiswa kreatif semasa aktiviti dekorasi. Tambahan, program DEKIM menghubungkan dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa universiti bersama kelompok masyarakat. Sepanjang program berlangsung juga banyak aktiviti yang telah diadakan. 


Tentatif Program DEKIM






Ketibaan VIP
Ucapan daripada Pengarah program, Saudari Najiha Hamdi

Ucapan daripada Guru Besar SK Putra, Tuan Syed Zulkafli Syed Abdul Karim

Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya selaku Mentor Persatuan PAKK,
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor

Ucapan daripada Dato' Shamsul Kahar, Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Jempol

Para ibu angkat kepada para peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Putra

Perasmian Program Khidmat Masyarakat oleh ADUN Parlimen Jempol



Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang DEKIM berlangsung

19.3.16

1st National Conference On Early Childhood Education 2016 (NCECEd)

Pada 12 Mac 2016, Sabtu yang lalu telah diadakan sebuah program Persidangan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2016 (National Conference On Early Childhood Education,NCECEd). Dengan bertemakan "PENDIDIKAN UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG" objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan untuk mendengar sendiri pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh penceramah sebelum beliau memperoleh kejayaan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selain itu, program ini juga bertujuan , meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta serta membina jati diri bakal pendidik untuk menghadapi realiti di dalam bidang ini.

           Antara slot yang dilaksanakan semasa program ini berlangsung adalah Ucaptama daripada Dekan Fakulti Pendidikan sendiri iaitu YBhg Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor dengan tajuknya "Macam mana! Sekadar syarat : Suka-suka VS Keperluan" dan ucaptama seterusnya disampaikan oleh Pengasas Malaysian Kid's Game & Pakar Android @ IOS Malaysia. Pembentangan Sidang Selari juga dilaksanakan di program ini selain daripada Game Salad Workshop dan lawatan ke pameran.


Ucapan daripada Pengarah NCECEd, Osman Adnan
Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan selaku Mentor persatuan,Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor
Ucaptama oleh YBhg. Encik Farizshah Gaskin, Pengasas Malaysian Kid's Game
& Pakar Android @ IOS Malaysia




Antara pembentang di slot Pembentangan Sidang Selari
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor bersama YDP PPAKKUM, Ariff Taufik
dan YBhg Encik Farizshah Gaskin




Antara peserta program yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis
Barisan jawatankuasa pelaksana program NCECEd 2016








#PAKK_HEBAT !