13.5.16

Karnival Keusahawanan dan Rekreasi (KERIASI) 2016

Pada 21 hingga 23 April yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Keusahawanan dan Rekreasi (KERIASI) yang di adakan di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini merupakan satu program baru yang dijalankan oleh mahasiswa Tahun Pertama hingga Tahun Keempat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menambahkan pengalaman berniaga dan memberi peluang untuk menguruskan program yang besar. Selain itu, program ini juga melatih nilai-nilai yang diterapkan dalam amalan berniaga pada diri mahasiswa di samping dapat mengasah bakat berniaga. Peserta dapat mempertingkatkan lagi nilai kendiri dalam menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program.

KERIASI juga memberi peluang kepada mahasiswa Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya  bekerjasama antara satu sama lain. Ini merupakan elemen-elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu program. Hal ini disebabkan sumbangan setiap pihak adalah kunci kejayaan dalam setiap perkara.


Perasmian karnival oleh Prof. Dr. Suhaiza Hanim 
Bergambar bersama wakil Perodua selaku penaja utama KERIASI

Antara pelbagai gerai jualan yang dibuka
      sepanjang karnival berlangsung






Aktiviti-aktiviti sepanjang karnival berlangsung

Senamrobik
"Music Chair"


Aktiviti bersama kanak-kanak daripada Tadika Universiti Malaya (TadikUM)



Larian Amal


0 comments: