26.7.14

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014

Pada 26 Mei 2014, barisan MT dan Ahli Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi di Studio TV, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 
Mentor Persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor sedang memberikan ucapan beliau. 


Antara agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah:
  • Pembentangan minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Pembentangan laporan kewangan tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Tayangan slaid aktiviti PPAKKUM Sesi 2013/2014
  • Pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014 dan pelantikan Ahli Majlis tertinggi PPAKKUM Sesi 2014/2015
  • Penyerahan fail dan dokumen persatuan

Saudara Azwan Ab Rahman, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014 ketika mengumumkan pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014.

Program Malam Gemerlapan PPAKKUM | Disneyland Theme~

Bertarikh pada 20 Mei 2014, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menganjurkan satu program iaitu Malam Gemerlapan PPAKKUM Sesi 2013/2014. 




Bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, program di bawah pimpinan saudari Nor Mas'Ain Binti Che Rahim ini berobjektif untuk merapatkan silaturrahim antara ahli persatuan dan pihak-pihak terlibat. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik serta kokurikulum. 


Bertemakan "Disneyland Theme", pada pukul 8.00 malam, ketibaan perasmi dan VIP diumumkan. 


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Universiti Malaya, bacaan doa serta ucapan dari Pengarah Program, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014, Mentor Persatuan serta Perasmi Majlis. 

21.2.14

Opkim Dekorasi 2013/2014

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Pada 14 hingga 16 Febuari 2014 yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menjalankan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat di IPD Marang & Tabika Kemas Kampung Kijing.


Program yang diberi nama Opkim Dekorasi ini merupakan gabungan dua program persatuan yang telah sedia ada. Bertemakan "Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin", program ini mempunyai objektif untuk mempertingkatkan peranan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam membina generasi muda yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Saudari Nur Zalikha selaku pengarah program pada kali ini bersama YDP Persatuan, Mentor serta ASP Mohd Zohan sewaktu Majlis Perasmian Program.


Tentatif program diteruskan lagi dengan solat maghrib dan isyak berjemaah serta mendengar Kuliah Maghrib. Kemudian, peserta berpeluang menjalankan aktiviti LDK bersama adik angkat.

#Aktiviti LDK

Pada 15 Febuari 2014 (Sabtu), para peserta berpeluang menjalankan aktiviti senamrobik yang dikendalikan pelajar tahun 4 serta senaman poco-poco oleh penduduk disana. Kemudian, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan gotong-royong dikawasan IPD, kumpulan gotong-royong dikawasan tanah perkuburan, kumpulan dekorasi Tabika Kemas Kg Kijing serta kumpulan membuat mural. 

29.1.14

Program Kembara Ke Prasekolah Di Akhbar Sinar Harian

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Pada 19 Januari hingga 22 Januari 2014 yang lepas Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Program Kembara Ke Prasekolah Sesi 2013/2014 di Daerah Padang Terap, Kedah. Program di bawah pimpinan saudara Khalil yang bertemakan "Pemacu Pendidik Perkasa" ini telah mendapat liputan daripada akhbar Sinar Harian. Terima kasih pihak Sinar Harian kerana sudi membuat liputan tentang program anjuran PPAKKUM. 

Akhbar Sinar Harian Edisi Utara pada 27 Januari 2014.


Akhbar Sinar Harian pada 29 Januari 2014

Sekali lagi ucapan terima kasih kepada pihak Sinar Harian. Sekalung tahniah buat pengarah program, Mentor persatuan, Pegawai Pengiring, Alumni, MT/EXCO Persatuan & semua ahli persatuan. PAKK Gempak Mantap !


p/s : Ahli persatuan jangan lupa beli Sinar harini ^^

27.1.14

Kembara Prasekolah Sesi 2013/2014

 Assalammualaikum :)

Pada 19-22 Januari 2014 yang lepas Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah menganjurkan program yang diberi nama "Kembara Ke Prasekolah". Program yang bermottokan "Pemacu Pendidik Perkasa" ini mempunyai objektif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat, idea mengenai pengurusan, penilaian dan proses pengajaran dari prasekolah cemerlang.


Pada program kembara kali ini, pihak persatuan telah memilih 4 buah prasekolah terbaik di Daerah Padang Terap, Kedah iaitu Prasekolah SK Pedu, Prasekolah SK Padang Sanai, Prasekolah Sk Lamdin serta Prasekolah SK Toh Puan Sharifah Hanifah. 

19 Januari 2014, Ahad
  • Para peserta berkumpul seawal 6.30 pagi di Pusat Pend. Awal Kanak-Kanak UM sebelum bertolak. 
  • Kembara kali ini mempunyai 32 peserta, 3 orang alumni, 2 orang pegawai pengiring dan mentor persatuan. 
  • Para peserta kembara kali ini juga menaiki 3 buah van dan sebuah avanza. Terima kasih para driver yang sungguh berjasa ^^
  • Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 petang semua peserta selamat sampai di chalet penginapan.

Peserta kembara kali ini menginap di chalet Terap Inn. 

20 Januari 2013, Isnin
  • Seawal 7 pagi semua peserta bertolak ke prasekolah yang pertama iaitu Prasekolah SK Pedu.
Setelah selesai mengumpul maklumat daripada Prasekolah SK Pedu, semua peserta mengambil gambar kenangan. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SK Pedu kerana sudi menerima kunjungan kami. 

  • Seterusnya, peserta Kembara Prasekolah tiba di prasekolah kedua iaitu Prasekolah SK Padang Sanai.
  • Di sini, selain mengumpul maklumat dan menimba pengalaman baru daripada guru prasekolah tersebut, para peserta kembara sempat membuat khidmat bakti dengan membuat mural pada dinding bangunan prasekolah baru tersebut.
  • Dengan kerjasama baik semua peserta, mural tersebut mampu disiapkan dalam masa hanya 3 jam setengah. 
 YDP Persatuan dan saudari Hanom melukis mural.
Para peserta berganding bahu membantu mewarna mural tersebut.
Mentor kesayangan, Prof Madya Dr. Mariani Md Nor turut menyertai proses mewarna mural. Terima Kasih Dr ! ^^
Akhirnya, mural kita berjaya disiapkan. PAKK gempak mantap ! 
Terima kasih pihak sekolah SK Padang Sanai kerana sudi menerima kunjungan kami.