Assalammualaikum :)
Pada 19-22 Januari 2014 yang lepas Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah menganjurkan program yang diberi nama "Kembara Ke Prasekolah". Program yang bermottokan "Pemacu Pendidik Perkasa" ini mempunyai objektif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat, idea mengenai pengurusan, penilaian dan proses pengajaran dari prasekolah cemerlang.
Pada program kembara kali ini, pihak persatuan telah memilih 4 buah prasekolah terbaik di Daerah Padang Terap, Kedah iaitu Prasekolah SK Pedu, Prasekolah SK Padang Sanai, Prasekolah Sk Lamdin serta Prasekolah SK Toh Puan Sharifah Hanifah.
19 Januari 2014, Ahad
- Para peserta berkumpul seawal 6.30 pagi di Pusat Pend. Awal Kanak-Kanak UM sebelum bertolak.
- Kembara kali ini mempunyai 32 peserta, 3 orang alumni, 2 orang pegawai pengiring dan mentor persatuan.
- Para peserta kembara kali ini juga menaiki 3 buah van dan sebuah avanza. Terima kasih para driver yang sungguh berjasa ^^
- Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 petang semua peserta selamat sampai di chalet penginapan.
Peserta kembara kali ini menginap di chalet Terap Inn.
20 Januari 2013, Isnin
- Seawal 7 pagi semua peserta bertolak ke prasekolah yang pertama iaitu Prasekolah SK Pedu.
Setelah selesai mengumpul maklumat daripada Prasekolah SK Pedu, semua peserta mengambil gambar kenangan. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SK Pedu kerana sudi menerima kunjungan kami.
- Seterusnya, peserta Kembara Prasekolah tiba di prasekolah kedua iaitu Prasekolah SK Padang Sanai.
- Di sini, selain mengumpul maklumat dan menimba pengalaman baru daripada guru prasekolah tersebut, para peserta kembara sempat membuat khidmat bakti dengan membuat mural pada dinding bangunan prasekolah baru tersebut.
- Dengan kerjasama baik semua peserta, mural tersebut mampu disiapkan dalam masa hanya 3 jam setengah.
YDP Persatuan dan saudari Hanom melukis mural.
Para peserta berganding bahu membantu mewarna mural tersebut.
Mentor kesayangan, Prof Madya Dr. Mariani Md Nor turut menyertai proses mewarna mural. Terima Kasih Dr ! ^^
Akhirnya, mural kita berjaya disiapkan. PAKK gempak mantap !
Terima kasih pihak sekolah SK Padang Sanai kerana sudi menerima kunjungan kami.
21 Januari 2014, Selasa
- Pada pukul 7.00 pagi para peserta telah bertolak untuk Prasekolah SK Lamdin.
- Kedatangan kami disambut dengan persembahan alat muzik oleh para pelajar.
- Keunikan Prasekolah Lamdin ialah kesemua pelajarnya adalah keturunan Siam. Itu merupakan suatu cabaran hebat bagi gurunya untuk mengajar kanak-kanak tersebut.
Persembahan pelajar.
Mentor serta peserta seronok melayan karenah pelajar disana. Kanak-kanak di sana turut mengajar bahasa Siam bagi kiraan 1-10.
Terima kasih pihak sekolah SK Lamdin kerana sudi menerima kunjungan kami. Sekiranya diberi peluang, InsyaAllah kami akan ke sana lagi.
- Seterusnya, kembara prasekolah diteruskan dengan prasekolah yang terakhir iaitu Prasekolah SK Toh Puan Sharifah Hanifah.
- Sesampainya kami disana, kami berpengalaman melihat cara pengajaran yang kreatif untuk mengajar kanak-kanak menulis oleh guru prasekolah tersebut.
Terima kasih pihak sekolah SK Toh Puan Sharifah Hanifah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Setelah selesai mengembara kesemua prasekolah, semua peserta bergerak ke Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap kerana Prof Madya Dr Mariani Md Nor dijemput untuk memberikan seminar bertajuk Guru, Guru, Guru......Oh Guru sekaligus menjalankan upacara perasmian penutupan bagi program Kembara Prasekolah Sesi 2013/2014.
Ketika seminar sedang berlangsung.
Seminar ini turut dihadiri oleh guru-guru prasekolah Daerah Padang Terap, Kedah.
Kembara Prasekolah Sesi 2013/2014 terbaik !^^
Setelah selesai upacara penutupan, peserta Kembara Prasekolah sesi 2013/2014 begitu bertuah sekali kerana dijemput oleh Dun Pedu, YB Puan Kama Noriah Binti Ibrahim ke teratak beliau. Walaupun pertemuan berjaya dilakukan dalam masa yang singkat, namun pelbagai kata-kata perangsang yang telah diberikan kerana YB Kama Noriah juga pernah menyandang jawatan sebagai guru prasekolah.
Jutaan terima kasih buat YB Kama Noriah kerana sudi menjemput kami dan menerima kunjungan kami.
Pada keesokan hari, semua peserta bertolak pulang ke UM. Alhamdulillah program Kembara Prasekolah pada kali ini mampu direalisasikan dan dipermudahkan. Tahniah kepada saudara Khalil selaku pengarah program. Tidak dilupakan, sekalung penghargaan diucapkan kepada Mentor persatuan yang tidak putus memberikan semangat, pegawai pengiring, alumni serta semua peserta program. Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment