28.1.19

SAYONARA KAK FAZLINA!

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa Pn. Fazlina Zakaria atau dengan panggilan mesranya Kak Faz telah menamatkan perkhidmatannya pada awal Januari lalu. Oleh itu, dengan persetujuan bersama mentor persatuan, majlis tertinggi dan barisan exco, diadakan sedikit jamuan sebagai tanda kenang-kenangan buat Kak Faz yang kita sayangi.

Pn. Fazlina sudah berkhidmat bersama Prof. Datin Dr Mariani Md. Nor dalam mengendalikan program pendidikan awal kanak-kanak semenjak dari tahun 2007 sehingga Januari 2019. Sungguh banyak kenangan samada manis atau pahit sepanjang menjaga anak-anak didik program PAKK ini.

Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kata-kata atau tindakan kami yang telah mengguris hati dan diharapkan agar Kak Faz terus kekal memberikan sumbangan yang terbaik dalam tugasan yang mendatang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasa jasa dan baik budi Kak Faz selama ini.

SAYONARA KAK FAZ!

Prof. Datin Dr.Mariani Md.Nor memberi cenderahati kepada Puan Fazlina Zakaria sebagai tanda kenang-kenangan

Sesi bergambar!

Related Posts:

  • Opkim Dekorasi 2013/2014 Assalammualaikum & Selamat Sejahtera. Pada 14 hingga 16 Febuari 2014 yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menjalankan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat di IPD Marang… Read More
  • Program Kembara Ke Prasekolah Di Akhbar Sinar Harian Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pada 19 Januari hingga 22 Januari 2014 yang lepas Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Program Kembara Ke Prasekolah Sesi 2013/2014 di Daerah Padang Terap, Ked… Read More
  • Program Malam Gemerlapan PPAKKUM | Disneyland Theme~ Bertarikh pada 20 Mei 2014, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menganjurkan satu program iaitu Malam Gemerlapan PPAKKUM Sesi 2013/2014.  Bertempat di Hotel Crystal Crown… Read More
  • Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014 Pada 26 Mei 2014, barisan MT dan Ahli Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014. Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi di Studio TV, Fakulti Pendidikan, … Read More
  • Perjumpaan Senior-Junior PAKK Sesi 2014/2015 Pada 15 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor. Tepat jam 2.30 pet… Read More

1 comments:

M said...

"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."